Memang pun ...... Melayu sentiasa berbangga dgn budayanya ..... betapa Melayu ni begitu kaya dgn budaya. (Ini selalunya dilaung2kan oleh gimmick politik dari pihak2 seperti dari Kementerian Kebudayaan atau Kementerian Pelancongan ..... atau lain2nya semata2 bertujuan atas sesuatu kepentingan.).
Tetapi kebanyakan budaya2 yg dikatakan Melayu punya itu adalah bukan hak mutlak kita punya. Kebanyakan amalan yg dikatakan budaya Melayu tu yg jelas dan nyata adalah asalnya dari adat resam budaya orang2 yg berugama Hindu sejak dari dulu2 lagi (sejak sebelum kedatangan Islam di alam Melayu .... contoh yg paling ketara ialah adat nikah kahwin, bersanding diatas pelamin, hantaran2, dowry dan segala yg terbabit dgn adat resam orang2 Hindu). Namun kita mengakui itu budaya kita.
Itu yang amat menggelikan hati tu!
Patutlah Melayu kita kaya dgn budaya - sebab kebanyakanya kita dok ambik orang punya saja .... itu yg jadi banyak dan bermacam2 sampai dah boleh di kira 'kaya dgn budaya'.
Dan itu memang sikap Melayu kita sejak dari dulu2 hingga ke la... la.... ni ....la.......
Juga Melayu kita bila dah mengamalkan sesuatu amalan yg membawa kpd istilah 'budaya' ..... selalunya dan kerapkalinya terbawa2 (carried away) sampai melampaui batas2 norma (carried away overboard). Maksudnya ...... keterlaluan...... atau yg teramat melampau2 (over atau 'ter'over'). Dan itu juga sifat dan sikap Melayu kita.
Contoh2 yg paling jelas dapat kita nampak ialah:
Budaya bertudung - dulu sebelum keghairahan kaum pompuan bertudung, keadaan hanyalah seperti 'biasa-biasa' sahaja (look back during those days of the 70s or even 80s - not many except those who are/were really religious would put on the tudung). Akan tetapi, bila dah melarat merebak sampai kepada segenap lapisan kaum wanita dah sedar dan mungkin sifat ikut-ikutan sememangnya tertanam dalam masyarakat Melayau kita (especially pulak dari golongan kaum perempuan)...... maka bertambah ramai dan berkembang menyeluruh ke segenap lapisan kaum perempuan (tua muda)..... hinggakan kepada anak2 (bawah umur) dari jenis jantina 'perempuan' pun di ajar 'bertudung' sejak dari kecil2 lagi ..... lebih2 lagi kanak2 perempuan dari sekolah2 agama (tadika Islam dan sebagainya). Wah! di masa itu cukup ramai kaum2 perempuan bertudung (semata2 bertujuan untuk menutup aurat (sebagaimana di tuntut oleh agama Islam).
TAPI - kini ......... lihatlah sendiri, manusia Melayu (kaum pompuan) bertudung lebih kepada bergaya - berfesyen - untuk memperagakan berbagai2 gaya fesyen tudung mereka kepada khalayak untuk diperhatikan (untuk ditontoni). Memang ada yg menutup aurat sepenuhnya .... tapi ada juga yg jenis mengikut fesyen atau style ...... ianya sudah jadi mcm separuh terdedah .... terdedah rambut (berjambul) ... terdedah dibahagian lehernya dan yg tak sepatutnya terdedah ..... masih tidak tertutup 'aurat'nya ..... tapi disebabkan 'bertudung untuk bergaya' - terpaksalah ikut style tersendiri. Ini sering berlaku pada kaum2 artis2 Melayu (yg banyak jenis 'hangat2 tahi ayam' saja) dan dari kalangan kakitangan, pengacara2 tv, yg terang2 bertujuan untuk memperagakan fesyen pakaian dan fesyen bertudung mereka .... yg sering disebut2 sebagai 'busana Muslim - muslimah bagi kaum pompuan' ..... Kan bunyi nya seakan2 bunyi 'islamic' . Juga tidak dapat di nafikan juga puak2 dari kalangan ustazah2 yg beriya2 bersungguh2 memberi ceramah2 agama .... sering memberi nasehat tunjuk ajar kpd pendengar2 dan penonton2 agar senantiasa menutup aurat didepan khalayak.
Yang hairan tu pulak .... ada juga ustazah2 yg jenis 'over' dengan memperagakan pemakaian tudungnya (apa lagi pakaiannya dgn bajunya sama ada berupa 'busana muslim' - muslimah - amatlah mempesonakan mata memandang.) Tak sangka ustazah punya kaliber pun ada juga teringin nak jadi macam artis2 yg sudah semestinya ghairah kpd 'glamour'. Rupa2nya - di kalangan ustazah2 macam ni pun ada juga sifat nak 'menunjuk2' ..... nak 'show-off' untuk tontonan khalayak umum (public). Bukan kah itu 'riak' ? .... 'RIAK' juga tu wahai ustazah oi ..... tak kan kami yg bukan ustaz/ustazah pun nak jelaskan secara terperinci apa erti 'riak' ..... atau maksud 'riak' itu. Nampak sangat ustazah yg jenis spesis yg gila nak 'glamor' mcm artis ...... teringin jugak nak jadi tv selebriti dibahagian dakwah islamiah ..... pun teringin juga? Kadang2 naik geli geleman kita yg menonton telatah dan gelagat ustazah yg jenis spesis mcm ni. Contoh dan teladan semacam ni tak patut di tonjolkan menerusi tv.
Cuba bandingkan muslimah dari negara2 Islam yg betul2 dikategorikan sebagai negara Islam (lebih 90% warga negara yg beragama Islam). Lihatlah cara pemakaian tudung (yg menutup aurat mereka) ..... simple dan biasa aje .... amat sederhana sekali. Bukan untuk di tayang2 - ditunjuk2 - showing-off - untuk mata khalayak umum memandang. Sesetengah tu ianya hanya menggunakan kain tudung samada berwarna hitam atau putih sahaja ...... tidak macam pompuan2 Melayu kita dgn kain tudung bermacam2 warna warni .... berlapis2 .... berjenis2 punya dgn bermanik2 berserbuk2 mengerlip2 (menghelit meghelap - macam puteri dari kayangan lagaknya). Melayu! .... Melayu! ..... itulah Melayu ....... bangsa yg betul2 jenis bangsa yg mengada2. Bangsa yg Riak dan terlalu 'over' punya bangsa.
[Malu kita jika kita compare to other Muslim women of other nations of other Muslim countries of the world]. As if kita yg Melayu ni .... lebih Islam dari Islam yg sebenarnya ......... more Islam than those true genuine muslims .... who really bertudung (for the sake of menutup aurat) ...... i.e . mengikut tuntutan Islam.
Budaya majlis pemberian anugerah - anugerah disana - anugerah di sini ...... bermacam2 jenis bentuk anugerah Melayu2 mengamalkan budaya seperti ini. Jika yg amat ghairah adalah dalam golongan politik dan dikalangan pihak2 berkuasa (termasuklah menteri2 dan seumpamanya)...... tidak kurang pula dikalangan puak2 artis2 yg nampak sangat betapa kemaruknya masing2 akan sesuatu anugerah (baik anugerah atau trofi untuk kategori karya2 seni ataupun anugerah darjah2 kebesaran diraja ..... seperti 'datuk' umpamanya). Sampai jika tak sempat nak bagi kpd artis2 yg telah meninggal dunia pun diteruskan juga beri penghormatan bentuk anugerah seperti 'datuk', 'tansri' atau sebagainya. Tidakkah itu jugak agak JANGGAL sampai begitu sekali??? ..... orang yang dah mati ...... DAH JADI ROH .... DAH ARWAH DAH PUN ....... pun terus diberi penganugerahan seperti yg telah dibuat dan dilakukan. Contoh mcm Allahyarham P. Ramlee ....... (dan Sudirman) ...........dah berpuluh2 tahun dah meninggal dunia (mati) ..... jasadnya dah terkubur .... dah reput hancur jadi tanah ...... 'dari tanah pulang ke tanah'........ pun diberi darjah kebesaran bergelar Tan Sri ..... dan kini bergelar Doktor kehormat pulak ...... Apa? anugerah2 serta pangkat dan darjah2 kebesaran diraja ni boleh dibawa sampai kedalam kuburlah nampaknya dikalangan umat Melayu kita ni? Dah mati dah lama berpuluh2 tahun pun boleh diterima lagi oleh orang yg dah jadi arwah? ...... Inilah budaya yg Melayu2 kita dok amalkan selama ini ..... seolah2 ini juga menepati tuntutan Islam jugak ka? Apa kata ulamak2 kita pulak? Mufti2, ustaz2, ustazah2, guru agama, pendakwah2 penceramah2 agama?...... .... tiada jawapan? Bagi ku inikan amalan atau budaya songsang juga ..... tapi Melayu2 kita masih tetap teruskan juga.
...... Ini nampak seolah2 roh2 simati tu macam masih berada bersama2 dikalangan kita yg masih hidup ni. Inilah Melayu ...... PELIK! PELIK! ...... tetapi ianya berlaku ....... IT HAPPENED.
BUDAYA CIUM TANGAN dikalangan orang2 politik (termasuklah para2 menteri, puak2 yg berkuasa) dan juga dikalangan yg berauthority. NAMUN kita orang semua sudah maklum yg aksi serupa itu ..... bukannya IKHLAS ...... tapi lebih kpd bertujuan ..... niat (nawaitu) untuk membodek ............ ini BUDAYA BODEK namanya bagi kalangan orang2 politik. Biasa lah ..... masing2 ndak hidup .... sudah tentu ambil kesempatan bila peluang berada didepan mata.
Budaya kibar bendera - ini juga masing2 beriya2 menggunakan bendera 'jalur gemilang' sebagai hendak menunjuk yg dirinya itu seorang yg 'patriotik'. Tidak kurang juga ada yg melakukan aksi kibar bendera itu kerana terikut2 dgn kelompok lain (seperti just 'join the crowd') untuk tidak di pandang serong dan dirinya itu terasa terpinggir dari kelompok2 yg ramai menunjukkan sifat 'patriotik' mereka dgn masing2 sakan punya dok mengibar bendera. Namun ada juga yg berupa jenis 'hypocrite' ...... berpura2 nak tunjuk yg dirinya bersifat 'patriotik'. Tidak kurang juga yg berlagak seperti 'mempermain2kan' seperti 'lagak aksi perli memerli' misalnya ada kalangan yg memasang terlampau2 banyak bendera2 kecil (mungkin dapat percuma dari mana2 parti politik) begitu banyak dipacak diatas bumbung kereta ..... diatas boot kereta ..... dan juga di atas bonet kereta ...... nak kata macam kenderaan kepunyaan sarkas pun boleh gak ......... tapi yg kelihatan nampak lebih macam kereta orang gila saja....... craze like mad ......... but 'crazy for nothing'.
Budaya RAYA - Melayu kita memang suka kpd apa yg berunsur2 'raya'.
Yang utamanya ialah 'Hari Raya' .......... iaitu 'Hari Raya Aidilfitri' dan 'Hari Raya Aidiladha'.
Kalau pasai 'raya' iaitu lebih kpd Hari Raya Puasa' ..... cukup punya ghairah bagi puak2 Melayu kalau pasai Raya menyambut kedatangan 1 Syawal (selepas tamatnya sebulan umat Melayu yg Islam berpuasa). Tapi kini sejak beberapa tahun kebelakangan ni ..... masyarakat Melayu seolah2 terpengaruh dgn media2 tv yg menganggap Raya boleh dirayakan dalam sebulan Bulan Syawal ....... sedangkan kita umat Melayu bersusah2payah berpuasa selamah sebulan sebulan Bulan Ramadhan. Itulah masyarakat Melayu punya terlampau2 punya ghairah bila tiba Bulan Syawal yg dianggap meke ..... bulan raya........ tidak mcm dulu lagi .,..... kita sering menyebut 'hari raya' ....... tidak 'bulan raya'. Hari Raya hanya kita sambut pada tibanya 1 Syawal selepas berakhirnya 30 Ramadhan (hari terakhir berpuasa). Tapi, Melayu kita tidak puas jika hanya satu hari sahaja untuk merayakan 'hari raya' 1 Syawal. Tengoklah betapa Melayu kita telah memecahkan tradisi adat mengikut keagamaan - 1 Syawal adalah satu2nya hari untuk menyambut dgn penuh kegembiraan bagi mereka2 yg berpuasa bersama sanak keluarga, rakan dan sahabat handai, dan dalam adat tradisi keagamaan selepas satu hari (1 Syawal) sesiapa yg ingin melakukan puasa sunat yg dipanggil .......Puasa Enam ...... iaitu selama enam hari berpuasa sunat di bulan Syawal. Jadi - tidak timbul sebulan sepanjang Bulan Syawal itu harus di anggap sebagai 'bulan raya'. Tetapi, Melayu2 kalau pasai raya ..... hari2 pun jadi ...... (patutlah Melayu2 kita ni banyak yg macam 'hantu raya').
Ini juga disebabkan suasana hiburan hendak di selitkan dgn mood hari raya bagi rancangan2 tv yg semata2 memuatkan jenis hiburan2 untuk memenuhi slot2 hiburan untuk memeriahkan sebulan punya raya ......(Melayu raya sakan) ....... jadi mereka pakat2 declare sendiri2 tentang menyambut raya sampai sebulan bulan Syawal. Raya punya pasai ..... takkan boleh berdosa juga kot? Puasa sebulan apa? Ini juga berkaitan dgn puak2 ahli politik kerana keghairahan untuk memilih satu hari dlm bulan Syawal bagi mereka mengadakan 'rumah terbuka' ala jamuan 'hari raya' ..... walaupun bukan dibuat dirumah pun .... tapi dipilihnya mana2 dewan atau balai atau pejabat ..... maka dinamakan 'rumah terbuka' ....... Tidak kah itu menyimpang jauh dan lari dari maksudnya 'rumah terbuka' tu ...... tapi apa yg kita orang tahu ........ itu hanyalah 'gimmick politik' mereka semata2 .......... pun jenis gimmick ikut-ikutan juga among those politicians.
Open-house atau rumah terbuka sudah tentu ianya bermaksud akan rumah orang yg mengadakan majlis jamuan hari raya itu. Melayu kita memang kadang2 nampak macam jenis tak tentu arah punya bangsa ....... tak tentu hala ..... bikin celaru apa saja konsep yg mereka pegang. Budaya 'rumah terbuka' hanyalah lebih kpd budaya ikut-ikutan orang2 politik sahaja.
Melayu kuat meniru dari yg lain .... termasuklah 'budaya ang-pau packet' ..... menggunakan sampul wang (Melayu dah Islam terpaksalah menggunakan warna hijau) untuk diberi hadiah semasa berhari raya seperti juga puak2 orang2 Tionghua merayakan 'Tahun Baru Cina' mereka.
Itulah Melayu kaya dgn budaya ..... salah satunya ..... inilah juga dianya ..... dudaya meniru ..... atau budaya meniru2.
Kalau nak senaraikan budaya meniru2 ni memang banyak.
Budaya berbuka puasa di hotel2 (5 bintang - 6 bintang ) - hotel2 mewah pun jadi satu macam punya keghairahan di bulan puasa (sepanjang bulan Ramadhan). Itu pun satu bentuk berpesta ria dgn makanan sempena berbuka puasa. Itu juga satu jenis yg membawa suasana kemeriahan (seperti macam raya juga)..... Itulah Melayu - hinggakan di bulan puasa pun masih gemar untuk berbuka secara berseronok suka (nak mcm raya jugak tu). Melayu........ memanjang kira nak raya saja (walaupun di bulan puasa - cuma waktu malamnya sahaja - di hotel2 dimana terdapat berbagai macam jenis hiburan dan santai.
Budaya Bubur Lambuk - Dalam sepanjang bulan puasa juga .... ini pula biasanya berlaku di masjid2 .... iaitu pemberian 'bubur lambuk' untuk orang2 biasa. Ini juga melibatkan semua umat Melayu kita juga.
Budaya Letak Harga Hantaran Belanja Kahwin - semuanya adalah kerana wang semata2.
Budaya Mata Duitan - Itu yg sangat2 diamalkan oleh Melayu2 yg riak lagi mengada2 - budaya 'mata duitan' membawa kpd sikap tamak haloba - dgn meletakkan harga belanja hantaran dgn begitu tinggi melambung2 hinggakan mencecah puluhan ribu ringgit malah sampai ratusan ribu ringgit (harga - price-tag anak dara mereka)......... disamping juga memandangkan kpd pangkat, darjat, harta kekayaan dan kemewahan dipihak yg melamar.
Budaya adat istiadat majlis perkahwinan (secara meriah mewah dan besar-besaran) - mengalahkan raja2.
Budaya Berarak sesuatu (sesuatu benda (misalnya piala atau trofi) ataupun orang (umpama seorang wira yg telah memenangi sesuatu - achievement) - dgn penuh ghairahnya berarak berusung-usung kemerata2 tempat dan pelusuk seperti yg pernah berlaku suatu ketika dulu ......... dimana Piala Thomas yg Malaysia telah menangi (menjuarai) ...... diusungnya untuk ditunjuk2 - ditayang2 kpd umum perihal kehebatan pasukan team Malaysia yg berjaya merebut Piala Thomas pada tahun itu.
Itu pun satu budaya juga .......... iaitu Budaya Menunjuk2. Memang sinonim bagi bangsa Melayu kita.
Budaya Menggembar-gembur ...... yang sama juga dgn cara penipuan ..... menerangkan sesuatu yg tidak tepat ......menggembar-gembur samalah seperti membesar2kan benda yg kecil2 ...... membesar2kan benda2 yg remeh2 ...... dan itu semua adalah mengarut ..... auta....... temberang namanya. Begitu juga dgn cara dan keghairahan pihak2 media tv atau cetak (wartawan2 hiburan dan pengacara2 tv dan wartawan tv) .... menaikkan nama2 artis2 yg tidak sehebat mana pun seperti menyanjungi artis2 (walaupun dari kaki gian dadah (taik ganja atau taik dadah) jika diambil kira performance mereka tak sampai kemana pun. Ini sekadar untuk memenuhi slot rancangan hiburan tv mereka sahaja dan melengkapi halaman di ruang2 majalah2 hiburan atau akhbar2 hiburan mereka sahaja. Semuanya pembohongan belaka.
Budaya Menggembar-gembur sama juga seperti Budaya Menipu.
Semua itu berkait rapat dgn Budaya Melayu2 suka Berpesta Berhibur:
Melayu2 berseronok suka bergumbira ria dgn puak2 gian taik2 dadah belaka.
Melayu2 - sebilangan besarnya suka berseronok berhibur dari mereka2 dari kalangan penageh dadah (taik ganja & syabu dll) ..... dan mereka2 ini bila dah 'mabuk' dgn 'dengungan' tarikan atau sedutan ganja, dadah mereka memang naik rangsangan untuk melakukan aksi hiburan mereka dgn melalak, memekik, melolong mcm anjing gila ..... pun amat digemari olleh puak2 Melayu kita dan di sokong pula oleh media2 tv dalam program2 hiburan mereka. TV juga memainkan peranan yg tidak elok jika puak2 artis2 yg kaki gian najis dadah (ganja & syabu) turut di beri ruang dalam slot2 hiburan mereka. Contoh teladan artis2 yg busuk2 seperti yg terbabit dgn najis dadah juga akan mempengaruhi anak2 remaja dan kanak2 yg sedang membesar. Itu harus di hentikan sama sekali demi masa depan anak2 generasi baru kita. Itu pun pehak yv terus juga seolah2 menyanjungi puak2 artis2 yg kaki gian dadah ni dgn menjemput mereka ke ruangan program bual bicara seperti MHI, WHI, SPM, etc dan menjemput mereka2 yg masih tegar gian dadah ni sebagai 'guest artis' dlm program hiburan mereka. Itu juga pihak tv tetap akan meneruskan usaha untuk mempertingkatkan imej artis2 yg tegar gian dadah (taik ganja & syabu) dal lain2. Ini seolah2 pihak tv bergantung hidup mereka dgn puak2 artis2 gian dadah ni ......... tanpa artis2 gian dadah ni .... mungkin stesen2 tv akan 'close-shop' kot? No wonder, tv masih tidak lupa untuk menonjolkan muka2 artis2 gian dadah di skrin tv mereka. Dan desas-desus dari sumber dalaman - juga katanya kakitangan2 stesen2 tv juga (dari bawah sampai ke atas sampai ke bos-bos pun ada terbabit dgn najis dadah juga)...... Patutlah pun! Birds of a feather ..... rupanya!
No wonder!
BUDAYA yang paling WAJIB & COMPULSORY untuk bangsa Melayu ialah BUDAYA RASUAH:
Ini sudah tidak dapat disangkal lagi - bila ramai puak2 yg pegang kuasa ...... menjadi kaya dgn sekelip mata dan menjadi lebih kaya dari kalangan raja2 pun ada (memandangkan rumah2 besar agam yg mereka2 miliki) dan berpuluh2 buah kereta 2 mewah dan cara dan gaya hidup ug terlampau2 punya mewah seperti boleh memiliki 'private jet' ; 'yacht'; 'helicopter' dgn suku sakat anak beranak hidup dalam keadaan yg begitu kaya raya, mewah dari kedudukan mereka yg sebenarnya. Duit mereka sendiri cetak kot?
BUDAYA BUANG BAYI - Inilah budaya yg paling terkini.