BELIAU DENGAN NAMANYA SUDAH BERADA DIMERCU KEMEGAHAN DAN KEBANGGAAN DI PERSADA KEMASYHORAN.
BAK KATA PEPATAH "HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG - MANUSIA MATI MENINGGALKAN NAMA" - ITULAH HAKIKATNYA.
P.RAMLEE MATI MENINGGALKAN NAMA .... SATU NAMA YANG HEBAT ..... CUKUP HEBAT SEKALI ... TIADA TOLOK BANDINGNYA.
TAPI YANG ANEHNYA, DIKALANGAN KELOMPOK MELAYU KITA KINI .... MANUSIA ARTIS MATI MENERIMA PANGKAT ANUGERAH DARJAH KEBESARAN LAGI ....
TAK PELIK KA TU? YA! MEMANG PELIK ..... TETAPI BENAR ..... IANYA BENAR2 BERLAKU ... DIKALANGAN KITA KAUM PUAK MELAYU KINI ....... HEHEHEHEHEHEHEHEHE..........
P.RAMLEE TIDAK PERLU PADA SEBARANG ANUGERAH DARJAH KEBESARAN MAUPUN DOKTOR KEHORMAT .....
SEMUANYA TU HANYA HIASAN SEMATA2. UNTUK APA? UNTUK SIAPA? UNTUK APA DAN SIAPA SEBENARNYA?
APALAH GUNANYA KEPADA ORANG YG SUDAH PUN MENINGGAL DUNIA. APALAH ERTI SEMUANYA ITU KEPADA YANG DAH JADI ARWAH?
DENGAN NAMA NYA SAHAJA SUDAH CUKUP UNTUK MELETAK BELIAU BERADA DI TINGKAT TERATAS PERSADA KEMASYHORAN SEBAGAI INSAN YG CEMERLANG GEMILANG & TERBILANG.
TAK PAYAH NAK BERTITLE-TITLE - SAMA ADA DATUK KA? TANSRI KA? TUN KA? DOKTOR KA? BELIAU TAK PERLU ITU SEMUA.
YA! SIAPA TAK KENAL DENGAN INSAN YANG BERNAMA P.RAMLEE? DISEGENAP LAPISAN MASYARAKAT TAK KIRA UMUR - TAK KIRA KAUM - TAK KIRA BANGSA - DARI DULU HINGGALAH KINI - SEMASA BELIAU MASIH HIDUP MAUPUN SESUDAH MATI - BAIK DI NEGARA SENDIRI MAUPUN DI SELURUH NUSANTARA JUGA DI SEBAHAGIAN BESAR DIBENUA ASIA DAN BARAT SANA.
TIDAK PERLU DIPANGGIL DENGAN NAMA BERTITLE TANSRI P.RAMLEE..... DR P.RAMLEE....MAUPUN TUN P.RAMLEE (SEBAGAIMANA YANG DIURA2KAN UNTUK MENAMBAHBAIK LAGI TITLE YANG BERBENTUK ACCESSORY ITU UNTUK SENIMAN YANG SEMASA HAYATNYA DILUPAI & DI ABAIKAN (DI IGNORE). ITULAH LUMRAH HIDUP MANUSIA MELAYU KITA. DAN BANGSA KITA SEMEMANGNYA LUMRAH DAN GHAIRAH DENGAN HANYA HIASAN DAN SIMBOL SAHAJA.
KENAPA KITA HANYA GEMAR MENYANJUNG TINGGI KEPADA SESEORANG YG SUDAH MATI? YANG SUDAH JADI ARWAH? PADAHAL SEMASA HAYATNYA ... TIADA SIAPA KESAH DAN PEDULI AKAN PEMBERIAN SEGALA MACAM PENGANUGERAHAN?
LIHAT SAHAJA PADA MEREKA (SENIMAN2 YG MASIH HIDUP SEKARANG) .... DENGAN DARJAH KEBESARAN YANG MEREKA KECAPI ITU ADAKAH BENAR2 MEMBERI SUATU PENCAPAIAN YANG TERTINGGI DALAM TAHAP STATUS DAN KEMASYHORAN MEREKA?
ADAKAH APA YANG DIANUGERAHKAN KEPADA MEREKA ITU SEMUA BERTEPATAN DAN 'GENUINE' DALAM ERTIKATA SEBENARNYA? ATAU ITU SEMUA HANYA BIKIN SUATU "MOCKERY" KEATAS TAHAP PENGANUGERAHAN ITU SENDIRI?
ADAKAH MEREKA2 YANG MENERIMA SEGENAP ANUGERAH ITU BENAR2 'DESERVE' YAKNI BETUL2 BERHAK DAN BERSESUAIAN JUGA SETIMPAL DENGAN APA YANG SEPATUTNYA?
TAKKANLAH DENGAN HANYA DAPAT MENYUMBANG SEKIAN LAMA SEBAGAI PENYANYI KELAB ATAU SEBAGAINYA SUDAH LAYAK MENERIMA ANUGERAH SEPERTI "DATUK" TU?
TAKKANLAH JIKA HANYA SEKADAR DAPAT MENGHIBURKAN SEKELOMPOK KALANGAN YANG HANYA SEGELINTIR BILANGAN SAHAJA (BUKAN MELIPUTI SELURUH WARGA PENDUDUK) MISALNYA SEPERTI SEBILANGAN PENGHUNI2 PUB DAN NITE-CLUB2 SAHAJA (MUNGKIN TERANGKUL DARI KALANGAN AHLI2 KORPORAT JUGA) - SUDAH CUKUP LAYAK DI BERI PENGANUGERAHAN "DATUKSHIP" KEPADA BELIAU?
LAYAK SANGAT KAH BELIAU MENDAPAT GELARAN "DATUK" TU? ITU YANG MENJADIKAN JATUHNYA DARJAT DAN KEMEROSOTAN SUSUT-NILAI TITLE "DATUKSHIP" ITU DENGAN SENDIRINYA.
JUSTERU, ALANGKAH MURAHNYA NILAI ANUGERAH ITU JIKA SEBARANG ANUGERAH SEPERTI "DATUK & TANSRI" ITU DAN BETAPA MALANG SEKALI JIKA HANYA DIAMBILKIRA KRITERIA KELAYAKAN SIPENERIMA PUNYA HASIL SUMBANGAN TANPA MENGAMBIL KIRA TAHAP PENCAPAIANNYA. YA! SUNGGUH MALANG SEKALI!
SEMAKIN RAMAI YANG BERPANGKAT & YANG BERGELAR SAMA ADA ANUGERAH DARJAH KEBESARAN 'DATUK' ATAU 'TANSRI' ... SEMAKIN KURANG TAHAP DARJAT NILAI NYA AKAN DARJAH KEBESARAN ITU .... DEK KERANA 'QUANTITY' MENGATASI 'QUALITY'....INI KERANA YANG MENERIMA TIDAK MENEPATI KRITERIA YANG SEBENAR DAN SETIMPAL.SEKARANG - SEGENAP ARTIS YANG JENIS "ANY TOM DICK AND HARRY" PUN BOLEH MENYANDANG GELARAN 'DATUK'. SUDAH BERLAMBAK DIPASARAN. BERSEPAH2 DIJALAN2 DAN DILORONG2.
BAYANGKAN APABILA ARTIS2 DARI MEREKA2 YANG JENIS ROCKER ... YANG JENIS 'HARDCORE' ROCKER .... YANG KEBANYAKANNYA TERLIBAT DGN NAJIS DADAH (GANJA, SYABU, ECTASY DAN SEBAGAINYA) TIBA2 DIANUGERAH "DATUK" ....
BAYANGKAN ..... BAYANGKAN.....
ALANGKAH LUCUNYA ......
YA! LUCU SELUCU-LUCUNYA JIKA IANYA SAMPAI KETAHAP ITU ....
SATU MALAYSIA AKAN GELAK KETAWA HINGGA TERBAHAK2....
MALAH BUKAN SATU MALAYSIA SAHAJA .... SATU DUNIA PUN BOLEH TERGELAK SAKAN MELIHAT TELATAH & KEADAAN LUCU YANG SAKAN PUNYA LUCU BERLAKU DI NEGARA KITA. HAHAHAHAHAHA!
CUBA BAYANGKAN.......
DARI ASAL PENGAMAL NAJIS DADAH TEGAR SEPERTI JAMAL ABDILLAH, TIBA2 DIANUGERAH TITLE "DATUK". BEGITU JUGA DENGAN YANG LAIN2NYA MENYUSUL DENGAN SEKALIGUS ...TIBA2 KITA DI LAMBAKKAN DENGAN SEGALA MACAM JENIS DAN SEGENAP ARTIS BERGELAR DATUK. TIDAK MUSTAHIL SEMUA TU. TIDAK MUSTAHIL!
ADA PULA DIPERBINCANGKAN DALAM TOPIK DI FENOMENA SENI (TV1) BARU2 NI ... AGAR M.NASIR DIKURNIAKAN DATUK KE.... TANSRI? .... CUBA BAYANGKAN .... HEHEHEHEHEHEHE...
SIKIT PUNYA HARU & SAKAN PUNYA LUCU KA!
KALAU DAH SEGENAP KUTU BOLEH DIKURNIAKAN SEGENAP DARJAH SEPERTI "DATUK" ... MAKA BOLEH KITA TENGOK NANTI SIKIT PUNYA BERLAMBAK2 DATUK2 BERKELIARAN BERSEPAH2 DIJALANAN ....MACAM KUTU2 LEPAK DAN KUTU2 RAYAU SAJA JADINYA ...
CUBA BAYANGKAN.....DENGAN BERPAKAIAN MAIN IKUT SUKA ... DGN RAMBUT JANGGUT MISAI BERJAMBANG PANJANG BERJELA2 KITA DAPAT SAKSIKAN GELAGAT ARTIS2 YANG BERGELAR DATUK2 NI DISEGENAP CERUK & PELUSUK DI CELAH2 DI JALAN2 BELAKANG DI KL PUN DAPAT KITA LIHAT BERKELIARAN PUAK2 ARTIS2 YG BERGELAR DATUK NANTI ..... TAK LUCU LAGI KA....? KALAU MACAM TU PUNYA DOK ADA? HEHEHEHEHE!
BAYANGKAN DATUK M. NASIR, DATUK HATTAN, DATUK SALEEM, DATUK AWIE, DATUK AMY, DATUK BANDI, DATUK AMING, DATUK SAIFUL APEK, DATUK MAWI, DATUK ROSYAM NOR, DATUK NABIL, DATUK FAIZAL TAHIR, DATUK ELA, DATUK MAS IDAYU, DATUK SITI SARAH, DATUK SHARIFAH SHAHIRA, DATUK RAJA GEDIK RAJA AZURA, DATUK OGY BINTI DATUK AHMAD DAUD, DATUK AZWAN ALI, DATUK JAAFAR ONN, DATUK LINDA ONN, DATUK FARAH FAUZANA, DATUK ZIANA ZAIN, DATUK ERRA FAZIRA, DATUK SALIH YAAKOB, DATUK ALI MAMAK, DATUK A.C.MIZAL, DATUK OZ, DATUK SATHYA, DATUK SABRI YUNUS, DATUK MAT DERIS, DATUK CHEF WAN, DATUK HABSAH HASSAN, DATUK ABBY ABADI, DATUK ABBY FANA, DATUK HABSAH OMAR, DATUK NING BAIZURA, DATUK MISHA OMAR DAN TIDAK LUPA DATUK AFDLIN SHAUKI DAN RAMAI LAGI KALAU NAK DISENARAI PANJANGKAN.
SEMUA YANG TERSEBUT DIATAS TU SUDAH TENTU AMAT KEMPUNANKAN TITLE2 BERUPA "DATUK" NI (MAKSUDNYA MELAHAQ ATAU 'HARD-UP' PADA TITLE TU) ........ MESTI PUNYA .... SEBAB MASING2 SEMUA PAKAT BERSAING SESAMA SENDIRI UNTUK "TIDAK MAHU KALAH" DAN "TIDAK MAHU KETINGGALAN" JUGA MASING2 NAK BERLAWAN TUNJUK "SIAPA LEBIH HEBAT" ..... TAK GITU? SURE PUNYA ......
MALAH NANTI ARTIS2 YANG MUDA2 YANG TERCIPTA HASIL DARI REALITI SHOW BINTANG KECIL (YANG MASIH DI PERINGKAT UMUR KANAK-KANAK) PUN NANTI AKAN DI ANUGERAHKAN TITLE "DATUK" .... DATUK2 YANG HINGUS MASIH MELELEH ........ LAGI MENAMBAHKAN LAGI KELUCUAN DIKALANGAN MASYARAKAT KITA .... HEHEHEHEHEHEHE ....
ALANGKAH MERIAHNYA LAGI YA?
BOLEH PULA LAGI DIMASUK DALAM CATATAN DI 'MALAYSIA BOOK OF RECORD' ........ LAGI HEBAT!
JIKA TERLIBAT DALAM SESUATU PERSEMBAHAN ..... ATAU SESUATU MAJLIS HIBURAN ...... MAKA BERDERET2LAH DATUK2 YG TERSEBUT NI AKAN MENAIKI PENTAS UNTUK MEMPERTUNJUKKAN PERSEMBAHAN MASING2 DENGAN GAYA MEREKA YG TERSENDIRI. SIKIT PUNYA LUCU LAGI BILA MELIHAT DATUK2 NI TERHEGEH2 BERAKSI DIATAS PENTAS DENGAN LAGAK DAN AKSI MASING2.
BAYANGKAN .... BETAPA MERIAHNYA WARGA MALAYSIA DENGAN BEGITU PANJANG SENARAI PENGHIBUR2 YANG SEMUANYA BERGELAR DATUK2 BELAKO.
HEBAT BETUL KITA BILA SEGENAP JENIS ARTIS YG JENIS TOM DICK AND HARRY PUN SUDAH MENCAPAI KEJAYAAN DGN BERGELAR DATUK.
HEBAT! HEBAT!
BEGITULAH AKAN TERJADI APABILA RAMAI ARTIS2 BERGELAR DATUK! .... BETAPA RANCAK DAN BETAPA MERIAHNYA NANTI!
DAN BETAPA RAMAINYA DAN RIUH RENDAH DENGAN KELUCUAN DAN GELAK TAWA SATU MALAYSIA JUGA SELURUH DUNIA NANTI...
LUCU! LUCU! DAN AKAN TERUS LUCU DI SEPANJANG ZAMAN!
PANDANGAN PEMINAT SENIMAN AGUNG P.RAMLEE
MENCARI SENIMAN AGUNG KE-2
MENCARI ATAU MENGIDAM?
MENCARI (TAK MUNGKIN AKAN BERJUMPA)
MENGIDAM (TAK MUNGKIN PADA YANG TIADA)
Itu adalah berupa tajuk dalam topik Bicarawara: Fenomena Seni (Jumaat 20/06/08) yang dikelolakan oleh Rosyam Nor.
Lucu .... memang lucu lagi melucukan ..... sungguh amat melucukan sekali gelagat dan telatah artis2 Melayu kita malah kalangan orang Melayu kita sendiri pada 'amnya. Nampak sangat betapa melahaq dan kemaruknya mereka (yang Melayu lah yg sememangnya terkenal dgn keghairahan untuk berbangga-diri & bermegah2).
Tidakkah pelik nampaknya: Para seniman/artis2 tempatan seolah-olah meminta-minta diri mereka diangkat dan dijulang - iaitu minta diberi penghargaan sepertimana taraf atau title "Seniman Agung" kpd Allahyarham P. Ramlee. Mereka juga ingin di agung-agungkan seperti apa yang dikecapi oleh Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee. Nampak sangat seniman/artis2 kita yang masih hidup ini iri-hati (jaki) benor dgn sanjungan diberi atas kejayaan & kehebatan manusia biasa yang luar biasa yang bernama P.Ramlee ini.
Betul seperti kata seorang pemanggil yang secara sinis berpendapat yg artis2 kita tak sepatut meminta-minta supaya diangkat atau diberi penghormatan begitu tinggi atau penghargaan seperti "Seniman Agung ke Dua" pula (walaupun tidak setaraf kehebatan Seniman Agung P.Ramlee). Sikap meminta-minta ibarat pengemis amatlah memalukan dan meletakkan diri artis itu sendiri ketahap yg rendah dan tiada punya harga-diri. Kita tidak meminta orang menghormati kita, sebaliknya tindak-tanduk dan prestasi yang "splendid & superb" memberangsangkan dengan sendirinya akan memberi kita dihormati orang.
Cubalah bawa berfikir balik, sedangkan P.Ramlee semasa hayatnya, tidak pun ada apa2 gelaran sama ada Datuk atau Tan Sri - dan tidak pula pernah meminta-minta - hanyalah sekadar pingat AMN sahaja yg diterima sebagai suatu penghargaan semasa hayatnya. Tidak nampak beliau meminta-minta sama ada secara bermain politik atau mengampu-ampu - melobi sana, melobi sini - naik tangga turun tangga, naik lif turun lif, macam sesetengah artis2 dan yang dikatakan seniman penuh berkaliber sekarang.
Bayangkan - beliau tidak pernah minta dihargai - apa lagi dgn pangkat dan darjah kebesaran diraja seperti Datuk atau Tan Sri. Namun seluruh masyarakat segenap golongan dan lapisan umur tetap menyanjunginya dan menganggap beliau sebagai seniman yang tiada tolok bandingnya disepanjang zaman - dan amat bertepatan sekali dgn gelaran Seniman Agung yang dibawanya. Ini kerana - baginya - prinsip beliau adalah semata-mata memperhambakan diri semata-mata untuk "seni" - iaitu "seni untuk masyarakat" - dan itulah dirinya menggambarkan sebagai seorang 'hamba seni'. Bukannya macam para seniman/artis2 sekarang - yang rata-rata menampakkan mereka berjuang bukan atas prinsip 'seni untuk masyarakat' tapi lebih kepada 'seni untuk glamor' atau 'seni untuk menempah nama' (itu yg bermaksud ghairah sangat mengejar populariti, anugerah yg berbagai2 dan pelbagai anugerah dan gelaran2 Datuk, Tan Sri dsbnya yg semakin ramai yg sudah pun mendapat & mengecapinya.
Atau adakah dengan pelancarannya Hari Seniman Kebangsaan pada 29 Mei lalu, maka tercetusnya idea untuk mengadakan/mewujudkan pula 'anugerah' berupa penghormatan sebagai penghargaan untuk seniman/artis2 yang masih hidup kini?
Apakah mereka, artis2 yang bergelar seniman ini tidak merasa puas? (never seem to satisfy) dgn apa yang telah mereka kecapi dan menikmati? Sekarang sudah ramai dapat kita lihat para artis2 diberi penghargaan dengan berbagai macam jenis anugerah (cuba kira & bilang berapa punya banyak "majlis penyampaian anugerah" untuk memberi penghormatan dan ganjaran dgn status mereka juga secara automatis turut di naik-taraf kepada seniman/artis2 Malaysia yg hanya sekadar 'sekangkang kera' jika hendak dibandingkan dgn Hollywood maupun Bollywood).
Apa pula lagi jika dibandingkan dengan mutu kualiti tahap penampilan dan persembahan mereka yg tidak sebaik mana - banyak yg jenis "FAKE" yang diberi secara tidak betul - iaitu secara sistem 'agenda tersembunyi' yg senantiasa diamalkan sejak dari mulanya lagi. Sebab itulah semakin banyak majlis2 "penyampaian anugerah" masing-masing anjur mengikut selera sendiri yang kini tumbuh macam 'cendawan selepas hujan'. Itu pun mereka semua tidak puas? Mana boleh mengecapi 'nikmat kepuasan yang sejati' bila apa yg di lakukan semua itu tidak dgn ikhlas dan jujur - melainkan penuh dgn tipu daya dan helah yang membawa kepada 'KEPALSUAN' semata. Itulah yang dikatakan 'habuan' yang tidak membawa berkat (dek bergelumang dgn tipu muslihat).
Tidak puas? Mungkin juga kerana masing2 sudah sedar (gamaknya) dgn apa yg mereka dapat itu - hanya semata-mata 'tidak tulin' (not genuine) - maknanya tidak punyai nilai (berharga) dalm erti-kata sebenarnya. [Ini kerana yang berhak mendapat anugerah diatas sesuatu (sesetengah) kategori (sasaran tertentu) dinafikan - malah yg tak berhak pulak yg dapat (dek mainan 'agenda tersembunyi') - itu yg dikatakan "FAKE" tu. Maka barang hadiah/trofi yg diterima itu tidak mempunyai makna yakni maksudnya 'tidak ada apa2 nilai/harga' dalam erti-kata sebenarnya. Semuanya PALSU belaka. Pada setiap 'benda palsu' - siapa akan berpuas hati?
Justeru, mereka (seniman/artis2) ini masih juga dikira jenis makhluk yang 'tidak pernah puas'. Ini terbukti yg sudah banyak penghargaan dari pihak2 tertentu (termasuk kerajaan) yg telah memberi penghargaan berupa darjah bintang kebesaran diraja berupa datukship, tansriship kepada ramai kalangan artis2 ini. Itu pun mereka belum rasa puas? berasa tidak cukup - dan tidak puas hati lagi? Ini bermakna mereka hendakkan lebih dari itu. Mungkin darjah kebesaran tertinggi bergelar Tunship pulak gamaknya? Itu menunjukkan betapa sikap tamak dan angkuhnya pendirian dan prinsip mereka dalam dunia artis ini.
Namun, jika sekiranya pihak badan kesatuan SENIMAN masih juga mahu menyahut kehendak selera pelahap ahli2 nya yg merangkumi seniman dan artis2 tanahair - dan jika sekiranya title "Seniman Agung" sama ada "Seniman Agung ke-2" atau ke-3, ke-4 maupun hingga ke-10, ke-11, ke-12 ...... ke-20 dan seterusnya - maka ianya akan menempelak kemuka mereka sendiri. Ia akan jadi satu 'fenomena' yang paling lucu selucu-lucunya pernah wujud diatas muka bumi ini.
Maka disuatu ketika nanti maka akan wujudlah segenap artis jalanan seniman yg berlakun sebagai pak pacak pun dapat gelaran "Seniman Agung ....?" entah yang keberapa pun entah lah.
Maka akan berlambak-lambak lah "Seniman Agung" yang ramai pulak bergelar Datuk sekian sekian .... Datuk Seri sekian sekian .... Tan Sri sekian sekian .... malah kemungkinan besar (jika lobi ampu-bodek mereka 'makan' maksudnya 'menjadi') akan kita lihat seniman/artis bergelar Tun lagi benyanyi, berjoget menari-nari di atas pentas dan berlakun berkomedi terhegeh-hegeh didepan khalayak penonton. Penonton kita akan gelak ketawa sakan - gelihati melihat akan peri telatah gelagat para seniman/artis2 kita. Alangkah meriah nya jika ianya jadi kenyataan.
Bayangkan.
Ya! jika apa yg diandaikan berlaku dan menjadi kenyataan, maka apa yang sebenarnya masyarakat seniman/artis2 kita keseluruhannya akan menerima tempias adalah bahan ketawa dan ejekan dari segenap lapisan rakyat. Ini jelas menggambarkan betapa tamak/kemaruknya para golongan seniman/artis yg melahaq akan title serupa ini.
Mereka akan terus menjadi bahan ketawa (bahan ejekan) dari masyarakat di akhirnya nanti.
Tahu atau tidak apa yang orang sering katakan? you'll be "THE LAUGHING STOCK OF THE WORLD". Itulah gambaran yang dapat kita nampak nanti.
Oleh itu puak2 dan para seniman/artis2 Melayu - diharap - Lupakan sajalah niat dan tujuan itu - Lupakan sajalah wahai seniman/artis (terutama yg ghairah sangat macam si Rosyam Nor tu) yang hanya sekadar berlagak saja lebih (yang lain banyak yg kureng) - dengan tahap dan taraf kebanyakan mereka hanya sekadar jenis 'tunggul kayu' yg diukir dengan hasil seni yang hambar dan rendah mutu atau tanpa kualiti pun berlambak-lambak di pasaran.
Jika diberi taraf kategori akan kedudukan sebenar artis2 kita mungkin seperti :-
Dalam Kategori CEMERLANG - mungkin ada tetapi bilangannya terhad (bukan berdasarkan 'anugerah haprak' yg mereka pernah terima dulu - kerana semua itu banyak yang tak 'genuine' dalam segi pemilihan (walaupun oleh juri yang dikatakan juri profesional). Walaupun digembar-gemburkan profesional - jika menyalah-gunakan atau menyelewengkan tugas/peranan - maka hasilnya 'haprak' lah - dan itu lah yg jadi tidak "genuine"nya akan sesuatu perkara itu.
Dalam Kategori tahap GEMILANG - mungkin hanya pada luaran sahaja - iaitu disegi 'berlagak', 'bergaya' seperti dgn memperagakan pakaian yg exotic (yang kebanyakannya di 'sponsor' untuk iklan bagi pihak fashion-designers, bisnis butik, busana, dan fashion-house semua itu untuk kepentingan perniagaan mereka juga). Itu juga dikira "ARTIFICIAL".
Itulah juga kononnya apa yg dikatakan 'dunia glamor' artis! Jadi 'dunia glamor artis' ini hanyalah "ARTIFICIAL" semata.
Last sekali - pada tahap TERBILANG - "jauh panggang ......." kata orang.
Manusia 'terbilang' seperti Seniman Agung P. Ramlee saja yang layak keatas title itu.
Tidak mungkin ada "Seniman Agung ke-Dua" .... "....ke-Tiga" ..... "....ke-Sepuluh" atau seterusnya.
Kalau beriya-iya juga hendak mempertingkat pemberian 'anugerah' kepada para seniman/artis2 yang begitu kemaruk dan melahaq (hard-up case) sangat, dibawah ini dicadangkan beberapa senarai penghargaan berupa berbagai kategori 'anugerah' untuk kesatuan SENIMAN pertimbangkan untuk diberi pada sambutan HARI SENIMAN KEBANGSAAN pada sambutan 'anniversary' iaitu 'Ulang Tahun Pertama' pada tahun depan (2009) nanti, seperti tersenarai dibawah ini:
KATEGORI ANUGERAH YANG LAYAK UNTUK PARA SENIMAN/ARTIS MELAYU TANAHAIR:
1) SENIMAN GONG - ini ada persamaan - bunyinya pun nak sama mcm Seniman Agung
- Rosyam Nor sure menyerama kot pasai bunyi mcm Seniman Agung
- Wah! Wah! Wah! Seniman Gong Rosyam Nor - sikit punya best ka?
- amacam? Rosyam?).
2) SENIMAN APONG (pun boleh di ambil kira untuk artis2 yang ramai jenis terapong-
apong tak ketahuan hala - bunyi nya nak sama mcm Seniman
Agung jugak - mungkin Rosyam Nor pun dok eyeing jugak kot?).
3) SENIMAN TONG (contoh juga: Seniman Tong Rosyam Nor).
4) SENIMAN SOMBONG (contoh saja: Seniman Sombong Datuk Yusof Haslam).
5) SENIMAN BONGKAK (contoh lagi : Seniman Bongkak Datuk Yusof Haslam).
6) SENIMAN ANGKUH (contoh sahaja : memperkenalkan Seniman Angkuh Rosyam Nor).
7) SENIMAN EGO (contoh terbaik: memperkenalkan Seniman Ego Rosyam Nor).
8) SENIMAN RANGGI (contoh sahaja : Seniman Ranggi Rosyam Nor).
9) SENIMAN TONG KOSONG (contoh lagi : Seniman Tong Kosong Rosyam Nor).
10) SENIMAN MELOPONG (contoh: - ini khas untuk artis2 yg sesuai & layak menerima anugerah akan tetapi dinafikan - akibat mainan 'agenda tersembunyi' yg memehak kpd yg disasarkan walaupun jenis haprak. Jadi artis2 yg layak tapi tak dapat - 'melepas' lah jawabnya - mulut ternganga-nganga MELOPONG lah jadinya).
Buat sementara - ada 10 dalam senarai. Nampak macam Rosyam Nor boleh bolot atau merangkul banyak kategori yang boleh sesuai dan secocok dgn kategori2 berkenaan.
Mengapa nama sdr Rosyam Nor di sebut-sebut seolah-olah nampak yang dia saja yang beriya-iya mengidamkan title seperti yang Seniman Agung P.Ramlee sedang mengecapi sehingga kini - adalah kerana dalam forum tersebut dia sanggup suggest diberi title Seniman Agung kepada Seniman/artis2 yang ada (yg masih hidup) sementara P.Ramlee pula di istihar sebagai
Seniman Teragung pulak dah.
Ini sudah terang dan nyata - dan tak payah lagi bersuluh yang mangkuk ni memang kemaruk nakkan title Seniman Agung untuk diberi anugerah kepada para artis2 sekarang (particularly untuk memihak kpd dia lah). Dan dialah kononnya nampaknya yang berpotensi dan mungkin paling layak untuk dikurniakan anugerah itu.
Tengok dalam undian SMS dlm tinjauan dibuat oleh program Fenomena Seni malam itu (dimana dia sendiri sebagai hos atau pengerusi nya) nama dia pun ada termasuk untuk disenaraikan bersama dgn yang lainnya. Mungkin dia juga ingin nak test market kalau2 undian untuknya meningkat lebih ketahap peratusan majority. Sayang orang tidak anggap dia begitu layak. In fact Datuk Aziz Satar pulak melebihi pungutan jumlah undian SMS yang diterima. Tidoq tak lena lah dia disebabkan tak dapat menandingi senarai nama2 yg tersenarai itu. Mula di bayangi oleh mimpi ngeri sepanjang hayat. Penonton boleh baca punya isi perut mangkuk hayun ni.
Lagi contoh yang ketara - disuatu ketika dulu semasa nama Mawi menandingi populariti dia. Dia mula naik berang dan menggelabah tak menentu sebagaimana apa yang di luahkah dan dibawak berbincang dalam forum nya mengenai populariti artis "TV Reality Show" popular seperti Mawi (produk Akademi Fantasia) yang mengecapi pendapatan mencecah jutaan ringgit sehingga ramai mempertikaikan artis ini seolah-olah artis "mee segera" - sekadar untuk mengecil-ngecil dan memperlekehkan taraf artis yang di"lahirkan" seperti artis 'reality show' yang semakin meningkat populariti mereka. Dari situ, kita boleh baca isi hati perut busuk artis mangkuk hayun sepertinya. Dia memang jaki dan iri-hati atas kejayaan orang lain atau yang sama2 bersaing dengannya.
Dan dia juga sering menonjolkan dan memperburuk-burukkan dan memperlekeh-lekehkan hasil karya P.Ramlee berdasarkan penulisan sesetengah penulis picisan yang mengambil kesempatan untuk mengaut hasil berupa wang ringgit dengan mempergunakan nama P.Ramlee. Namun dia (si mangkuk hayun ni) hanya fokus kepada hasil kerja bersangkutan dgn filem2 - walhal hasil karya P.Ramlee merangkumi hampir kesemua bidang dan aspek seni - seperti seni muzik dan perfileman dan bidang hiburan. Ini kerana dia (si mangkuk hayun ni) hanya sekadar mampu dalam bidang lakunan dan perfileman sahaja. Tidak lebih dari itu. Dalam bidang berlawak jenaka pun dia tidak dapat menguasainya - apa lagi kalau dibidang nyanyian dan persembahan hiburan berupa 'celebrity' dalam pertunjukan 'live performance'. Jauh panggang la ..... ini kerana perawakannya (pembawanya) tidak punyai daya tarikan kpd orang yg menontonnya. Perawakan rupa-paras dgn wajahnya yg lagak aksi angkuh, sombong dan bongkak akan membuat orang naik meluat untuk menonton persembahannya yang hanya lagak pura-pura yang tidak "REAL" langsung kata orang.
Tapi heran ya! kenapa pihak penerbit program Fenomena Seni masih mahu menduga dan mencuba untuk mendapat undi pilihan untuk menentukan pilihan untuk kategori Seniman Agung ke-2. Kenapa beriya-iya sangat untuk mencapai matlamat itu?
Sedangkan title Seniman Agung ke-2 pun masih tidak dapat memberi tahap ke"agungan" keatas seseorang seniman/artis yang ada sekarang yang boleh dianggap "OUTSTANDING" atau "EXCELLENCE" dalam bidang seni yang merangkumi semua bidang dan cabang menyeluruh.
Walaubagaimana pun, 10 kategori yang tersenarai sebagaimana yang disyorkan untuk pemberian anugerah sempena sambutan Ulang Tahun Pertama HARI SENIMAN KEBANGSAAN pada tahun 2009 nanti.
Itu terpulang kepada kebijaklaksamana-mana yang boleh diperkenankan akan "anugerah dan persalinan" untuk sekian-sekian tahun.
Oleh itu pihak ahli jawatankuasa SENIMAN bolehlah mempertimbangkan untuk diberi sekian2 jenis anugerah yang dikira layak untuk diberi penghormatan pada mereka-mereka yang kempunan dan kemaruk sangat akan title dan anugerah.
SEMOGA BERTAMBAH MERIAH LAGI SAMBUTAN HARI ULANGTAHUN SENIMAN YANG PERTAMA DI TAHUN 2009 NANTI.
HIDUP SENIMAN (di HARI KEMATIAN SENIMAN AGUNG).
suatu pandangan
contravision
No comments:
Post a Comment