Sama macam slogan FILEM KITA WAJAH KITA jugak lah ...
GIMMICK SAJA ... SEMATA2 GIMMICK!
Bercakap pasai BUDI BAHASA BUDAYA KITA ....... yang sering kita dengar melalui radio & tv .... bukan main lagi dgn senikatanya yang begitu memberangsangkan & menggalakkan sekali.
Kita hanya pandai berlagu, bernyanyi, bersajak, berpuisi, dan bermacam2 lagi ........
TAPI ......? Gambaran REALITI nya ? APA YANG BERLAKU? APA YANG DAH TERJADI?
TAPI apa ya? Yang dapat kita lihat akan kesannya?
YA! LIHATLAH SENDIRI DI SEKELILING KITA ........ HAMPEH! SEMUANYA HAMPEH!
BUDI kemana? BAHASA kemana?
Yang tertonjol sudah tentu BUDAYA ..... YA! BUDAYA yg KALUT BUDAYA yang BERSERABUT dan MAHA KELAMKABUT ...... ITULAH BUDAYA YANG KITA MILIKI SEKARANG ni!
Media2 radio & tv begitu GHAIRAH memainkan lagu2 (kononnya menaikkan semangat) dgn sekaligus MEMAPARKAN AJARAN2 yang kurang sihat MALAH 'KURANG SOPAN' lagi 'KURANG AJAR' kepada penonton2. Yang dibimbangi adalah dari kalangan anak2 muda-mudi yang sedang membesar. Mereka2 ini memang amat mudah terpengaruh dengan paparan personaliti2 tv dari kalangan artis2 muda yang berkelakuan melampau2 berketerlaluan dgn gaya terhegeh2 lagak tak senonoh yang menampilkan betapa rendahnya akhlak dan budi pekerti mereka. Dan ini sudah tentu boleh mempengaruhi anak2 muda kita dgn mudahnya oleh kerana kebanyakan artis2 muda ini dgn mudah dapat menarik minat anak2 muda kita. Dan lihatlah sendiri betapa ramainya anak2 muda kita yang telah rosak akhlak mereka. Ramai yang sudah tidak reti menghormati orang tua2 malah ibu-bapa mereka sendiri.
Itukah BUDI PEKERTI yang harus ditunjuk ajar oleh pihak media massa ..... ???? yang kita banggakan dgn iringan lagu2 yang mereka sering mainkan khususnya 'BUDI BAHASA BUDAYA KITA'? ATAU ITU JUGA KAH BUDI PEKERTI yang seharusnya dijadikan BUDAYA kita?
Itu dalam perkara 'budi pekerti' ..... apa pulak dgn BUDI BAHASA?
BERTAMBAH2 LAGI LAH ...... pihak media massa khusunya pihak tv yang memainkan peranan mereka dalam memperkembangkan penggunaan bahasa yang dikatakan BAHASA YANG BERBUDI ...... iaitu cara2 dan gaya BERBUDI BAHASA dalam paparan siaran2 program2 mereka untuk tontonan ramai.
JELAS SEKALI BETAPA SONGSANG dan KUCAR-KACIRNYA penggunaan bahasa kita baik disegi PERTUTURAN ataupun PENULISAN yang terbentang dikaca2 tv dalam segenap hal.
Semua ini dilakukan oleh ajen2 penyibar maklumat yang dilantik dan dipilih oleh pihak media tv juga. Mereka2 ini lah yang jadi ajen PEROSAK BAHASA ....... PENCEMAR KEINDAHAN BAHASA kita. Mereka2 seperti pengacara2, penyampai maklumat, artis2 yang tidak punya nilai akhlak bertutur dgn bahasa yang ikut sedap keluar dari mulut mereka sahaja. Juga dari mereka2 artis2 yang bermulut celupar yang sengaja membuat gamat untuk agenda 'publisiti murah' supaya kononnya boleh meningkatkan populariti mereka melalui tingkah laku yang tak senonoh didepan kamera tv. Dan ianya tidak pula mendapat tentangan dari pihak tv ..... ini seolah2 pihak tv memberi lampu hijau ...... seperti memberi galakan pulak jadinya. Sebab itulah semakin menjadi2 akan situasi seperti itu. Ini amat tidak mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada penonton apalagi dikalangan anak2 muda kita. Mungkin mereka seronok bergembira dan terhibur dgn telatah puak2 artis2 yg berperangai tak senonoh tu .... TAPI IMPAKnya? sudah jelas dan nyata .... kita dapat lihat disekeliling kita.
Bahasa yang digunakan .... dengan bercampur aduk ..... sekejap bahasa Melayu .... sekejap bahasa Inggeris ..... main ikut suka saja bila teringat nak gunapakai istilah yang mereka berasa selesa atau terlintas dalam kepala mereka. Dan itulah bahasa yang dikatakan BAHASA kita!
BAHASA YANG BERCAMPUR-ADUK ....... lebih dikenali dgn BAHASA ROJAK.
Banyak contoh yang dapat kita kemukakan seperti:
CHOPP!
Bahasa Inggeris pun tidak .... bahasa Melayu? pun tidak! ini kerana bahasa Melayu tidak menggunakan ejaan 'CH' jika sebutan kpd 'cup' atau 'cop' ...... Kalau bahasa Inggeris pun tidak ada perkataan Inggeris dgn ejaan CHOPP ...... 'chopper' ada laaaa ....... JADI APA JENIS BAHASA YG DIPERKENALKAN OLEH MEDIA TV (khususnya TV9)? TIDAKKAH ITU SUATU AJARAN YANG TIDAK BETUL? TETAPI TIADA SEBARANG PIHAK (Dewan Bahasa atau pihak Kementerian Pelajaran atau mana2 Kementerian yang bertanggungjawab) cuba menegur atau menasihati atau menghalang terus KEGIATAN YG BERSIFAT NEGATIF menular dan menjadi berleluasa dikalangan media2 hiburan seperti media tv, radio, cetak (akhbar & majalah dsbnya).
Sebab itulah bahasa kita kini semakin KUCAR KACIR - HARU BIRU - dan akhirnya HURU HARA jadinya akibat PENGGUNAAN DGN BERLELUASA TANPA ADA SEBARANG BANTAHAN atau SEKATAN oleh semua peringkat masyarakat kita sendiri.
DAN ITULAH REALITINYA 'BUDI BAHASA BUDAYA KITA' sama juga macam 'FILEM KITA WAJAH KITA'.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment