Thursday, January 21, 2010

AJL - Juara Lagu? atau Juara Penyanyi?

AJL terakhir?

Ada orang berkata Anugerah Juara Lagu ke 24 yang baru lalu adalah yang terakhir. Siti percaya kata-kata itu dan mengikut Siti sejak tahun lalu lagi sudah menjadi yang terakhir. Tahun depan tak ada lagi Anugerah Juara Lagu, kalau ada pun itu yang telah diberi talian hayat.

Sejak dua tiga tahun kebelakangan ini, Anugerah Juara Lagu bukan lagi medan mempertaruhkan karya muzik terbaik negara ini. Kalau dibandingkan dengan dekad pertama dan kedua usia Anugerah Juara Lagu, kini sudah tidak ada pertandingan.

Apa yang kita saksikan baru-baru ini adalah sebuah program nyanyian, bukan pertandingan. Program ini dibuat untuk mengisi slot di televisyen bukannya sebagai pemangkin industri muzik. Maka, kita jangan heboh lebih sangat , memuji lagu yang menang atau mengutuk mereka yang tewas. Ini kerana sebenarnya tidak ada pertandingan pun.

Bayangkan dengan jumlah lagu baru yang sangat sedikit, apa yang kita harapkan dari Anugerah Juara Lagu? Memanglah ada juara tapi kita kena fikir juga adakah juara itu terbaik dari yang buruk? Zaman kehebatan Anugerah Juara Lagu sudah berlalu apabila tidak banyak lagu baru.

Kalau dulu sebuah album ada sepuluh lagu, sekarang sebuah album sebuah lagu. Kalau dihitung-hitungkan, tahun lalu tidak sampai 40 buah lagu baru dihasilkan di negara ini.

Bayangkan tidak sampai 40 buah lagu baru. Bayangkan pula finalis Anugerah Juara Lagu kali ini sepuluh lagu. Jadi daripada 40 lagu, sepuluh lagu gerenti masuk final. Kualiti apa yang kita nak cakap? Lainlah kalau 100 lagu, finalnya sepuluh lagu.

Kalau Anugerah Juara Lagu disambung hayatnya tahun depan, barangkali hanya 20 buah lagi dihasilkan dan sepuluh masuk final. Percayakah kehebatan lagu-lagu yang sepuluh itu? Dalam apa pertandingan sekali pun, kalau tak ada persaingan sengit maknanya hasil pertandingan itu rendah.

Cuma yang hebatnya persiapan artis-artis kita yang diundang ke Anugerah Juara Lagu. Mereka memperagakan pakaian yang mahal dan hebat-hebat setaraf Anugerah Grammy.

SITI JARUM: Tahniah kepada komposer sekalipun nama penyanyi yang dijulang-julang.

Aku pun hairan juga dgn pihak TV3 ni. Tak habis2 dok buat paparan berkaitan dgn AJL 24 - dengan mengheboh2 tentang bilangan ramainya yang menonton siaran langsung mereka. Apa nak heboh2 sangat. Nampak macam melebih2 tak tentu hala saja. Nampak sangat kepura2an.

Dengan penglibatan 'crowd' yang di undang untuk memberi respon' & 'support' kpd peserta2 (penyanyi) sudah cukup menampakkan betapa 'tidak real' nya suasana yg semata2 'di-buat2' itu. Nampak sangat kejanggalannya - kerana 'tak menjadi'. Cukup obvious. Di harap tolong jangan bikin lagi perkara2 yg sengaja di-ada2kan yg sengaja di-buat2. Bikin MALU KOMPENI saja!

Satu lagi .... macam Puan Siti jarum kata kemungkinan AJL TERAKHIR?

Aku turut sokong .... kerana AJL - yg bermaksud ANUGERAH JUARA LAGU tidak kena dan tidak tepat dengan maksud dan juga PAPARAN & PENAMPILAN yang MAIN FOCUS adalah kepada para PENYANYI2.

ELOK BIKIN tajuk dgn jodol 'ANUGERAH JUARA PENYANYI' kerana setiap paparan HANYA DI FOKUS kpd PENYANYI saja .... barulah kena pada sasarannya.

Balik2 macam Juara Bintang RTM .......

Disana juara .... di sini juara.......

Macam juga Anugerah Sri Angkasa ....... sama macam Anugerah Skrin gak ......

Kalau masing2 pakat tak puas hati ..... maka jadi ramailah pakat2 buat anugerah sesama sendiri.

Nampak sangat semua kaki seni betoi2 kemaruk anugerah! ....

masing2 MELAHAQ nak mampoih!

Tak lama nanti puak2 yg sampai kesudah tak juga dapat mungkin depa nanti pi tempah sendiri untuk hiasan almari di rumah depa ...... untuk boleh di tayang di masa2 hadapan kpd anak cucu cicit rakan taulan .... semata2 untuk menunjuk2 .... tengoklah aku pun dapat anugerah (buatan tempahan sendiri ..... biarlah rahsia).

Kalau yg lebih 'artistic' tu cuba2lah buat ukiran sendiri ....... DIY (Do-it-yourself).

Cuma nak bagi idea kpd puak2 artis yg dok berlawan2 nak kumpul trofi ........ cuba buat sendiri laaaa ....... baru REAL!!!!

No comments:

Post a Comment