Salah satu yg menyerlah ialah tentang penggunaan bahasa di TV.
Kebanyakan bahasa yg dikatakan bahasa Melayu kita di TV ..... sendiri fahamlah .... kebanyakannya memang bahasa atau istilah yg diambil dari perkataan2 Inggeris.
Yang ironi (pun dari perkataan Inggeris) nya .... namun itu tidak menjadi masalah lagi buat kita semua kerana sekarang kita semua bebas sebebas2nya boleh mengguna apa saja istilah (biasanya dari perkataan2 Inggeris) baik untuk bahasa lisan (pertuturan = oral) maupun penulisan. Ya! apa yg ironinya .... ialah di pihak media TV dari RTM (TV1 & TV2) especially pengacara2, penyampai2 berita, hos2 rancangan dan sebagainya sering tidak miss untuk menyebut perkataan 'baharu' (menggantikan perkataan 'baru' yg lebih selesa diguna sebab ianya lebih cepat, ringkas dan mudah) pada apa2 ungkapan misalnya ...... 'Tahun Baharu' - tidak lagi 'Tahun Baru' ; ...... 'Azam Baharu' - tidak lagi 'Azam Baru' ; ....... 'Baju baharu' - tidak lagi 'baju baru' ......; 'Jalan Baharu' - tidak lagi 'jalan baru';..... 'Pengantin Baharu' - tidak lagi 'Pengantin Baru' ;...... 'Kampung Baharu' - tidak lagi 'Kampung Baru'????
Apakah rasionalnya dengan satu2nya perubahan dgn menitik-berat akan perkataan 'baharu' harus digantikan dari mengguna perkataan 'baru' yg amat senang dan begitu selesa kita semua pengguna bahasa sering amalkan? Itu yg menjadi janggal bila kita sebagai penonton tiba2 terdengar dari salam ucapan dari pihak media TV especially dari pengacara2, penyampai2 berita, hos2 yang bersiaran di TV1 & TV2 ...... seperti "Selamat Tahun Baharu" - "Apakah Azam Baharu anda ?".... "Selamat Tahun Baharu Cina" - "Selamat Pengantin Baharu" untuk artis sekian sekian ..... HARU .... HARU .... tu baru HARU!
CONTOH KEJANGGALAN JIKA HANYA PERKATAAN 'BAHARU' SAJA DI BENARKAN .... :
KEJANGGALAN I :
"Menjelang Tahun Baharu 2010 ini banyaklah program2 baharu yang akan muncul dikaca TV anda ...... dan dengan ini kami mengambil kesempatan untuk mengucapkan kepada anda semua "SELAMAT TAHUN BAHARU dengan AZAM BAHARU".
Tidakkah lebih mudah dan selesa jika disebut dengan kebiasaan ungkapan yg sering di ucapkan:
"SELAMAT TAHUN BARU dengan AZAM BARU" untuk anda semua.
KEJANGGALAN II :
"Baharu baharu ini rakan saya bersama isteri baharunya yang baharu seminggu bernikah telah berpindah ke rumah kediaman baharu mereka yang baharu mereka beli di kawasan baharu di Jalan Raja Mahmud, Kampung Baharu dengan harapan untuk membuka lembaran baharu menjelang tibanya Tahun Baharu ini disusuli dengan 'azam baharu' yang sama2 mereka berkongsi dalam menempuh 'hidup baharu' mereka."
Tak ke JANGGAL bunyinya dan agak menggelikan ...... HARU! HARU!
Itu media arus perdana pihak Kementerian Penerangan (Ministry of misInformation) baru!
Ini pulak media swasta yang lagi SAKAN punya BEBAS dalam mempergunakan sama ada salahguna atau tidak ...... main ikut suka sajalah ..... main hentam ikutdan aje ler .....
Kan dengan penggunaan perkataan Inggeris adalah satu 'in-thing' yang kalau tidak guna kalu .... akan di cop sebagai 'backward', kolot, 'uneducated', tak dak schoolaaaa punya orlang......
Bagi mereka yg ghairah menggunakan perkataan2 Inggeris secara bulat2 atau diceduk dgn diubahsuai akan ejaannya ...... dgn terma yang kerap kita orang gunakan kini ialah 'elite' .... ELITE lah nak katakan...... kira cukup paling terpelajar lah konon kononnye. Akan tetapi mereka tidak sedar yang mereka secara langsung atau tidak langsung mengajar kita (especially anak2 kita yang baru diperingkat sedang belajar) kearah perkara2 negatif dan songsang jadinya. Itu baru disegi bahasa!!! ..... disegi akhlak moral tidak terbilang lagilah.
1. Bahasa Melayu @ Bahasa Malaysia yang kita selalu dok guna sebenar2nya adalah 'bahasa rojak' ( tapi SAKAN punya kempen dgn slogan 'Bahasa Jiwa Bangsa' - 'Budi Bahasa Budaya Kita' dan sebagainya - semuanya menerusi media2 TV juga). NAMUN - pihak TV juga yang memesongkan penggunaan bahasa dengan pelbagai jenis istilah dan perkataan2 Inggeris di pergunakan dalam percakapan & pertuturan serta jodol2 dalam rancangan (program) dan drama2 pilihan stesen TV sendiri. Dan itulah bahasa yang dipertonjolkan oleh media2 TV kita baik yang milik kerajaan maupun swasta. HARU! HARU! Baharu betoi2 HARU!
Jadi, apa guna kita melaung2kan 'BAHASA JIWA BANGSA' ? Hanya LAUNGAN KOSONG ...... laungan yang TIDAK ADA MAKNA.
Kita boleh tengok sendiri ...... penggunaan bahasa Inggeris begitu berleluasa ....... di ambil diceduk direct - itu dah jadi 'norm' pada ketika ini. Tak menghairankan .... siapa2 pun bebas sebebas2nya menggunakan mana2 istilah yg mereka fikir perlu dan suka untuk dipergunakan dalam ayat2 pertuturan (lisan) ataupun penulisan.
Apa tidaknya? Bangsa kita cukup bangga dan berasa megah dengan hasil peninggalan penjajah.
Bangsa kita tetap mempertahankan (maintain) nama2 asal yg dicipta oleh Tuan Penjajah Inggeris kita dulu seperti nama2 tempat, bangunan2 yg dibina oleh Tuan2 Penjajah Inggeris dulu (atas alasan itu semua .... adalah 'bangunan2 bersejarah' .....apa lagi bangunan2 bersejarah seperti Fort A'Famosa (binaan penjajah Portugis yg menyebabkan kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka .... dan itu juga menjadi KEBANGGAAN kita ya!.... BUKAN MENGAIBKAN KITA???....... 'kenangan mengusik jiwa'? Infact ..... 'Kenangan mengaibkan jiwa' la yg betoi).
[Disamping semangat keMelayuan yg BERAPI2 MENGUTUK & MENENTANG PENJAJAH ..... kita tetap mempertahankan segala apa yang ditinggalkan penjajah. APA NI? Semua ini hanya BERSANDIWARA saja lagaknya!!!
Sebaliknya bangsa kita lebih kepada BERMEGAH & BERASA PENUH BANGGA. Adakah itu menunjukkan ciri-ciri bangsa kita hanya sekadar 'menumpang' hak orang lain punya?
Banyak contoh jika hendak di tonjolkan ........ sendiri fikir dan sendiri buat penelitian dgn kajian yang terperinci. Guna 'Common sense' .... dengan 'common sense' saja sudah dapat memberi jawapannya].
2. TV punya penggunaan atau pilihan tajuk2/jodol2 drama untuk tayangan umum sepatutnya meletak garis panduan dalam penggunaan istilah dan ungkapan yang sewajarnya yg melambangkan ciri-ciri keMelayuan melalui pemilihan jodol2 drama & program2 di siaran TV.
Misalnya: Satu drama baru di TV3 bertajuk 'NIGINA'.
Mengikut ejaannya sudah tentulah ianya berbunyi 'Melayu' (sound of it's pronunciation should sound like 'Malay'). TAPI pihak TV dan yang terlibat secara langsung dgn drama tersebut menyebut mengikut sebutan Inggeris (Barat) iaitu ....... ejaan 'NIGINA' berbunyi NIJINA.
APA KE JADAH NYA NI? Dalam bahasa Melayu .... apa yg kita pelajari disekolah tidak pernah diajar ejaan dgn huruf2 'gi' berbunyi 'ji' (dalam sebutan lisan/orally). Tapi pihak TV melalui drama tersebut telah mengajar sesuatu yang tidak betul dalam penyampaian disegi bahasa yang kita sudah semestinya maklum yang drama yang berjodol "Nigina" tu adalah sebuah persembahan drama Melayu.
Begitu juga dengan TV9 dengan slot CHOPP nya ....... bahasa apakah yang di pertonjolkan kepada penonton? Nak kata Melayu tidak ..... Inggeris pun tidak ....... JADI BAHASA APEKA JADAH yang di heboh2 sangat tu?
BAHASA APA YANG AWAK SEMUA GUNAPAKAI NI???
Malah banyak lagi pemakaian & penggunaan yang songsang dan bercampur baur dan ada yang diambil bulat2 (secara terus - direct pinching) dari bahasa Inggeris dalam memperagakan tajuk2 dan jodol2 program2 dalam siaran TV masing2. Dalam sessi perbualan seperti dalam siaran talk-show atau bual-bicara atau juga forum2 formal & tidak formal ..... maka bertambah2 lagilah menjadi2 akan pencemaran bahasa kita yang dilakukan mereka2 yang terlibat.
Kalau nak guna bahasa Melayu ....... gunalah bahasa Melayu sepenuhnya.
Jangan guna ejaan berupa atau berbaur Inggeris atau Barat ...... kalau tidak BAHASA ROJAK jugalah yang akan TERUS BERMAHARAJALELA dan akhirnya MENENGGELAM kan & MELENYAP kan terus Bahasa Melayu yang disifatkan sebagai BAHASA JIWA BANGSA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment