Monday, August 24, 2009

RTM (& lain2 stesen TV) bukan setakat menonjol unsur2 gay saja .... malah banyak unsur2 negatif lain lagi....

!

RTM (& lain2 stesen TV) bukan setakat menonjol unsur2 gay saja ..... malah banyak unsur2 negatif lain lagi....

Untuk Siti Jarum dari Siti Jerung:

Unsur2 gay personaliti yg ditonjolkan melalui kaca tv .... memang banyak dan dah berlaku dah pun. Kita boleh tengok cara, gaya & telatah puak2 pengacara/hos, artis2 yg menampilkan diri mereka melalui program2 tv ....... dgn gaya solek mereka (sesetengah tu nampak jelas memakai lipstik (mcm kaum pompuan) .... lihat sajalah prog HipTV di tv9 dgn pengacara/hosnya yg begitu bersifat keperempuanan dgn aksi lenggok lemah-lembik dgn cara percakapan yg menunjukkan lebih kearah sifat kewanitaan .... dan ada lagi yg jenis lebih dari itu seperti itu yg bernama Dee dgn lagak gaya sebijik mcm pompuan ......... apa lagi dgn pakaian pun mirip kepada keperempuanan ...... apa maknanya tu? takkan nak memikat kalangan perempuan pulak? sudah tentu untuk menarik perhatian kaum lelaki yg cenderung kearah hubungan seks rambang atau jenis hubungan seks songsang (homoseksual). Secara diam2 atau tidak langsung (indirect) mereka2 ini 'sambil menyelam minum air' .... iaitu sambil bertujuan memaparkan populariti mereka dgn cara penonjolan & penampilan mereka itu sambil pula mengumpan lelaki2 yg ada nafsu terhadap puak2 jenis pondan cum maknyah ni..... termasuk dalam kategori .... golongan gay lah tuh......

Penonjolan unsur2 gay kita boleh nampak dgn jelas (obvious) ..... akan tetapi jika dibandingkan penonjolan unsur2 lesbian (pompuan naik syok sama pompuan) agak sukar untuk mengesan dgn secara mata kasar. Ini kerana mereka2 yg kategori lesbian ni pandai 'camouflage' .... iaitu pandai sembunyi2 ..... pandai berselindung ..... dan cara, lagak dan gaya mereka selamba sahaja. Lainlah jika mereka sengaja hendak menimbulkan sensasi dan kontroversi untuk publisiti murah .... tidaklah berlaku sembunyi selindung lagi. Namun jarang2 sekali kita bertemu jenis2 yg sebegitu secara terang-terangan. Kalau ada pun jenis pasangan wanita sesama wanita yg menunjukkan hubung mereka sangat atau tersangat rapat lagi terlalu intim ..... mungkin itu satu lagak aksi yg berlaku dgn secara tak disedari (secara candid) didepan mata umum...... dan ini juga sebagai satu petanda yg ada 'something' dgn pasangan jenis mcm tu.

SitiJarum jangan nampak kat penampilan unsur2 gay sahaja ......
Yang unsur2 dadah tak nampak ka? Kalau pehak media tv sanggup memberi ruang kpd penyanyi2 rockers dan lain2 artis yg kita semua tahu yg mereka semua tu sememangnya terlibat dgn amalan najis dadah .... itu bukan unsur2 negatif jugak ka? Unsur2 negatif yg boleh mempengaruhi anak2 muda tidak seharus di beri ruang untuk menjadi suatu bentuk hiburan pula. Ini bentuk hiburan yg merosakkan akhlak anak bangsa kita sendiri ..... dan hiburan bentuk ini juga boleh menjahanamkan masa depan jenerasi kita.

Cakap pasai amalan penagehan najis dadah ....... Puak2 artis2 kita perlu itu semua (iaitu pengambilan najis dadah) untuk menghilangkan rasa malu (stage-fright) ketika membuat pertunjukkan show dalam apa2 siaran sama ada konsert atau program2 di tv. Contoh mcm Jamal Abdillah tu (memang pemalu orangnya) .... terpaksa 'pekena' dulu baru boleh perform live. Sabit tu memanjang pasang spec (cermin gelap - dark glasses) walaupun semasa ditemuramah dlm program bual-bicara atau sbgnya. Bila dah 'pekena' baru boleh dia bercakap ..... baru tak terasa malu2 dan sangkut2 tergagap2 bila menjawab sebarang soalan dari hos rancangan.

Ramai lagi jenis artis2 kita jenis kategori 'kaki sedut ganja' atau penageh dadah ...... tak payahlah bersembunyi2 berselindung2 dgn bermacam2 helah dan alasan .... kita penonton cukup arif dan tahu akan jenis2 artis yg jenis mengambil najis dadah ..... seperti ganja, syabu dll. Kadang2 dgn mendengar lagu nyanyian mereka sudah dapat kita tahu yg lagu itu dipengaruhi unsur2 lentuk-liuk jiwang2 berunsur dari kesan pengaruh dadah (kesan berdengung dari sedutan ganja dan sbgnya).

Gejala negatif seperti ini seharusnya tak patut langsung pihak media tv tonjol2kan. Tak tau pulak kalau2 puak2 yg berada dlm pentadbiran dibidang penyiaran yg berkait rapat dgn sektor hiburan pernah suatu ketika dulu ataupun hingga kini pun maseh sama dgn puak2 golongan artis2 yg jadi penageh tegar (dlm pengambilan najis dadah - memang ada pehak2 dari golongan korporat dan kalangan elit juga terbabit sama dlm kancah kegiatan pengambilan najis dadah ini).

Kalau perkara begini maseh terus berterusan tanpa noktah ....... Ini kira mcm jadi agent perosak akhlak anak2 muda kita dan seolah2 mcm nak menggalakkan peminat2 meminati puak2 artis2 kaki sedut ganja & dadah ni dgn mudah terpengaruh dan akan terikut2 dgn gaya dan amalan penagehan dadah. Seperti mcm kata pepatah Inggeris "Birds of a feather flock together" ....... untuk menjadikan kelompok yg sama seperti mereka kian berkembang biak supaya akan jadi suasana ....'the more the merrier'. Sebab itulah najis dadah memang sukar untuk di hapuskan secara total .... walaupun sudah lama ianya di haramkan (illegal).

Satu lagi ialah tentang pencemaran bahasa oleh pihak media2 tv yg begitu ketara sekali. Gejala negatif penggunaan bahasa campur aduk ..... bahasa cacamarba ..... bahasa rojak ..... yg kerap di gunakan oleh puak2 pengacara/hos tv yg sepatutnya harus pandai dalam pertuturan dan penggunaan istilah dan tata bahasa Melayu kita. Mereka2 ini seharusnya menjadi contoh dan teladan bagi anak2 muda kita yg sedang membesar dan sedang di peringkat pembelajaran. Bukan main campur-aduk ikut suka dgn bahasa Inggeris dgn bahasa Melayu yg akhirnya jadi lintang pukang jadinya. Kalau bersembang di kedai kopi atau di warung teh tarik tak kisahlah .... ini didepan kamera tv ..... didepan berjuta2 penonton berbilang kaum dan lapisan umur .... lelaki wanita kecik besar tua muda semua ada ..... yg jadi penontonnya.

Tidak kah itu suatu pencemaran yg paling ketara di depan mata? Puak2 dari media2 tv jugak yg akan terpalit segenap lumpur, najis dan kotoran akibat dari pencemaran2 yg awak2 sendiri tonjolkan.

Dan juga tingkah laku puak2 yg diambil jadi pengacara/hos maupun deejay2 (jangan kasi orang panggil kita dajai (dajal) pulak nanti) ..... ini kerana mereka kerap menunjukkan kelakuan yg keterlaluan (over) ..... terlampau2 mengada2 ...... dan ada yg tak senonoh atau loklaq hinggakan sesetengah jadi mcm 'kurang ajar' pulak tingkah laku mereka ini. Ini berlaku kebanyakkannya dari kalangan artis2 yg baru nak belajar nak menonjol populariti diri. Tujuan untuk menghiburkan penonton konon2nya .... sambil nak memikat hati penonton ...... tapi dah jadi terbalik coat ...... penonton sikit pun tak terasa terhibur dgn tingkah laku 'kurang ajar' puak2 artis tu ....... malah kita yg menonton naik MELUAT & MENYAMPAH ada le!
Siti

No comments:

Post a Comment