Tuesday, August 4, 2009

FILEM MALAYSIA KE PERSADA DUNIA? .... SATU MALAYSIA KETAWA BERDEKAH-DEKAH ...KAH! KAH! KAH! KAH!

FILEM MALAYSIA KE PERSADA DUNIA?
SATU MALAYSIA KETAWA BERDEKAH-DEKAH ...
KAH! KAH! KAH! KAH!


Dok tengah minum teh tarek di warung malam minggu aritu .....Happen tertengok pulak Fenomena Seni di tv warung tu ....... ramai yg dok pekena teh kat warung tu tergelak sambil perli main semasa dok dengaq telatah Rosyam Nor dgn ahli2 panel - sorang orang filem, sorang orang Finas (orang kuat Finas) dan yg sorang lagi orang dari media (entah mana mai pun tak tau).

Masing2 sakan punya dok perbetoi. Mau nya tidak? Caller demi caller dok call masuk & yg dok hantar message SMS dan juga e-mail pakat dok perli tentang Festival Filem Malaysia punya tema "Filem Malaysia Ke Persada Dunia". Sikit punya 'dunia' ka ...????? Pasai dok seronok dok tengok cerita filem Hindustan sangat kut ......... DUNIA HEY!!! ...... DUNIA KA HEY!!!!! Kita ni kira asyik naik syok lebih aje ..... kira nak pi ke hala nak ..... tunjuk pada dunia memanjang......
LIHATLAH DUNIA .... itu satu CONTOH yg maseh tetap tidak dapat kita lupakan ..... di tv pun banyak dan acapkali dok sebut2 .....".........DI MATA DUNIA" ......."UNTUK MENJULANG NAMA MALAYSIA BERTARAF DUNIA" ....... "UNTUK JADI JUARA NOMBOR SATU DUNIA" ...... "TERSOHOR DI DUNIA" ...."TERBAIK DI DUNIA".... "SEJARAH TERUKIR DAN TERCATET DI PETA DUNIA" .....SEMUA KIRA NAK SEBUT DUNIA SAJA ..... DUNIA .... DUNIA .... DUNIA KA HEH! ...... semua tu untuk nak bagi NAIK SYOK SESAMA SENDIRI saja .... itu yg sentiasa MEMANJANG DOK SYOK SENDIRI saja tak renti2.

Dalam forum tu si Finas punya orang kuat cuba memberi dan memperbetulkan persoalan "PERSADA DUNIA" yg ramai dok memperli dan mempersendakan tentang cita2 tinggi menggunung malah lebih nak menjulang ke awan ..... last2 jadi terawang2 sajalah jadinya. Toksah dok perbetoi la ... semua orang tau ... SATU MALAYSIA tau kedudukan kualiti dan tahap filem2 Melayu kini .... HAMPEH! SEMUANYA HAMPEH! ...... SAMPAH! sampai ada orang2 filem sendiri pun akui yg filem2 Melayu HANYA LAYAK DI BAKUL SAMPAH sahaja.

Dah lah hasil filem tak seberapa .... banyak main dgn filem2 stereotype memanjang.... sorang bikin cerita hantu ... berderet nanti ikut serta bikin cerita hantu ....bila sorang bikin filem komidi ....... berderet ikut bikin filem komidi .... sorang bikin cerita rempit ...... pakat mengikut habih bikin filem yg genre yg serupa ..... semua main pak turut saja ...... sampai ke drama2 tv pun terikut2 sama ...

Kita orang naik muak .... naik jemu ... naik bosan ..... naik cemuih dengan cara puak2 pembikin filem2 & drama2 tv dok bersaing secara tu .... itu secara yg dikira tak sehat tu ... jenis TAK MAKAN NASEHAT lah kiranya tu.. Itu sebab ramai yang berminat filem2 luar ..... (filem2 bukan-Melayu la maksudnya tu).

Kalau macam filem animasi seperti "GENG .... PENGEMBARAAN BERMULA" yg paling mendapat sambutan hangat dan terhangat baru2 ni.....tak terdaya plak depa nak ikut bersaing. Jawabnya ini kerana depa tu mana ada kepakaran dan pengetahuan dalam teknik pembikinan bercorak animasi seperti itu..

Hanya pembikin filem seperti KRU saja yang nampak berkemampuan.. Yang lain mana ada? .... kalau teknik guna mekap dgn kehandalan mekap-artis mereka ... mereka bolehlah ..... boleh lah cara menconteng2 muka bagi jadi nampak hodoh ... jadilah seram ... jadilah rupa wajah macam hantu ....jadikan muka macam setan ....maka bolehlah jadikan filem hantu untuk dapat tarik penonton kepawagam konon.
Itu lah kepakaran yang ada pada mereka dan yg dapat mereka tonjolkan yang mereka tu boleh bermegah2 dalam segi teknik disegi make-up. Dan itulah sebabnya makin ramai 'join the band wagon' membikin filem2 jenis seram atau hantu, sihir dan yg sejenis dgnnya. Hanya itu saja yang dapat mereka berlumba2 bersaing pun ....yang jenis simple dengan cara main conteng2 muka kira boleh laaaaa.... boleh sangat lah .... sikit punya make-up artis punya dok ada .....(jenis maknyah yg ramai)..... sesetengah tu terlalu punya over make-up ... dah jadi ter-over plak ... bikin kita yg menonton ketawa berdekah2 plak .... memandangkan perihal janggalnya hasil kerja tangan make-up artis filem2 Melayu kita ..... hehehehehe ........

ROSAK! ROSAK!! HORROR! HORROR! jadinya......bukan horror yg menakutkan .... tapi HORROR JENIS MEROSAK ...... HURU HORROR jadinya .... lebih teruk lagi pada keadaan HURU HARA!

Kalau dalam segi bercorak animasi? sorry la ....tak berani dia!...... otak art saja ... mana tau mengenai science .... kat sekolah dulu .... banyak belajar melukis saja ... senang ....... mudah ... tak payah study.

MANA DIA ORANG ADA KEPAKARAN? Tak terdaya dia .... tak mampu dia .... nak bercita2 atau ura2 nak cuba pun tak kita dengar sikit pun .... kecuali KRU sahaja ..... Apa jadi dengan Suhan Movies ?... Apa jadi dgn pembikin filem yg buat filem ala Jepun yg berjodol Sumolah tu ?.... sengap saja? Hingga tak terkata ....membisu macam mulut dah kena glue....... ternganga ....melopong tengok puak2 yg lebih junior (remaja lagi) dah boleh bikin filem animasi seperti "GENG ...PENGEMBARAAN BERMULA" .......dengan mendapat sambutan yg begitu hangat sekali .... meletup dipanggung..... dengan dapat menarik penonton yang paling banyak jumlahnya jika dibandingkan dgn filem2 contemporary kini.

Baru depa tau .... dok main penaik diri ...dok BERMEGAH2 ... BANGGA TAK TENTU HALA! MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI saja yg depa tau ... last2 HAMPEH saja yg terhasil.

JADI DALAM KEGHAIRAHAN BERPESTA DI "FESTIVAL FILEM MALAYSIA 2009" KALI INI ..... HANYALAH SEKADAR MEMAPARKAN PEMILIHAN FILEM2 YG DIANGGAP TERBAIK DARI KALANGAN FILEM2 SAMPAH YANG TERKUMPUL UNTUK TAHUN TERTENTU.... YG SEMEMANGNYA TIDAK BERKUALITI LANGSUNG........ DENGAN LAIN PERKATAAN .....

SELECTION OF THE BEST AMONG THE WORST.

ITULAH REALITINYA FILEM2 KITA ...... FILEM KITA WAJAH KITA....INDEED.

Seniman Bolehwood @ Hollowwood

Ini juga berkaitan dgn apa yg dipaparkan dibawah:


FILEM MALAYSIA KE PERSADA DUNIA?
Don't joke man ......

Di Festival Filem Malaysia Ke 22 pada awal bulan Ogos nanti akan menyaksikan temanya "FILEM MALAYSIA KE PERSADA DUNIA" .... ke persada dunia? Wah! Wah! Wah! ......... dahsyat! dahsyat! sakan nampak? tak mau kalah nampak?

Kalau dalam Malaysia sendiri pun tak dapat tempat .... iaitu di persada tempatan pun tak dapat sambutan macam mana nak ke persada dunia? Hanya boleh angan2 sajalah ... angan2 kosong ... angan2 Mat Jenin ... Atau juga macam kebanyakan kita yang hanya suka SYOK SENDIRI aje?

Tak sangka ye? yang pihak Finas pun berangan2 macam Mat Jenin .... atau mimpi disiang hari.
Yang syok tu Finas pun angan2 untuk bagi syok sendiri.

Nak capture market ditempat sendiri pun susah .... inikan nak conquer world market? macamlah industri perfileman di Malaysia ni macam di Hollywood sana. Nak samakan filem2 Malaysia ni setaraf dengan Hollywood? ..... jawabnya jauh panggang dari api .... jauh beza antara langit dengan bumi ...... Finas harus berfikiran waras dan harus berpijak di bumi nyata. (sober pun diperlukan - bukannya mabuk atau khayal dek berdengung macam kaki2 ganja & syabu seperti mat2gian tu).

Sedarlah diri anda wahai Finas ..... filem2 tempatan (filem2 Melayu lah) - nak tarik minat penonton tempatan pun tak mampu ...tak terdaya .... ini pulak nak cuba pikat penonton luar negara.
Nampaknya ini macam nak duga di laut dalam .... sedangkan kail hanya panjang sejengkal..

Bayangkan .... sambutan penonton di Malaysia .... nak dapat tarik penonton sebanyak setengah juta pun susah ...... setengah juta (500,000) orang dari jumlah bilangan populasi di Malaysia kini lebih kurang 26 atau 27 juta. Berapa percent sahaja yang sanggup menerpa ke panggung untuk menonton filem2 Melayu yang tidak punya kualiti langsung tu ... boleh di ibaratkan sebagai sampah sahaja .... bagaimana boleh hendak tarik minat mereka2 yang biasa dengan hidangan filem2 yang lebih berkualiti di luar sana. Filem2 kita hanya layak untuk puak2 scavengers sahaja .... tak gitu?

Begitu juga lah dengan drama2 tv yang di tunjuk walaupun secara 'free show' (percuma) tu pun kita sebagai penonton tengok secara main-main sahaja ........ iaitu secara sambil2an bagi mengisi waktu ......maksudnya tidaklah 'looking forward so much' untuk sesuatu drama yang dipromosikan oleh pihak tv seringkalinya melalui promo-iklannya.... dengan lain perkataan "tengok tak apa ... tak tengok pun tak apa .... kalau tak tengok pun .....we don't feel that we miss that particular program show though .....".

Ada juga sesetengah nya hanya menonton sekadar untuk menonton drama2 Melayu yang sudah sememangnya sedar yang ianya hanya membuang masa ... tapi sekadar untuk menyumpah ada ler ....... mau tak nya? ....... hidangan2 drama2 Melayu kebanyakannya jenis SAMPAH ..... kita tengok sudah tentu naik MENYAMPAH ....... bila dah MENYAMPAH .... apalagi?.... mulalah MENYUMPAH2 jawabnya.

Itulah drama2 dan filem2 kita ... sama saja .... dua kali lima .... lima kali dua saja. Balik2 orang tu juga yang berlagak aksi lakon dengan cara yang sama ... style yang sama ..... punya la monotonous ... kebanyakannya jenis stereotype punya persembahan .....disulami dengan banyak perkara2 yang tak masuk akal (tak logik) .....macam mana orang tak get bored? ... bosan! ..... tau dak .... bosan! .... cukup MEMBOSANKAN ..... cemuih (kata oghang Peghelih) .....naik CEMUIH sungguh dengan filem2 kita dan juga artis2 kita yang banyak mengada2 dengan sikap mereka yang melampau2 punya perangai serta terlalu ghairah mengejar glamor saja yang mereka gilakan.

Dan itukah keadaan FILEM KITA WAJAH KITA? Kalau begitulah filem2 kita ..... mencerminkan wajah kita ... memang amat mengaibkan lah. Jika filem2 kita memaparkan persembahan yang berupa 'sampah' saja .... maka ia mencerminkan (wajah) masyarakat kita juga 'sampah' .... dah laa negara kita pun cukup ramai dengan gejala 'sampah masyarakat' .... ditambah pula dengan pendedahan melalui filem2 kita .... yang rata2 juga jenis 'sampah' belaka.

Namun itulah kemegahan pemimpin2 kita .... dengan bangganya mengcanangkan yang FILEM KITA WAJAH KITA ...... dan itu jugalah realitinya.

KEPADA FINAS: .....TAKE CARE .... sebelum FINAS bertukar jadi FINIS

Seniman http://mymail.rock.com/scripts/mail/compose.mail?compose=1&.ob=96d50407f525aa4622f9a35b65edfa62ad3a12e3&composeto=&composecc=&subject=&body=
Yang dibawah ini pun mengenai anugerah juga ........ Malaysia makmor dgn anugerah .....
MACAM2 ADAAAAA ............

MEMANG ARTIS2 MELAYU KITA PUN RAMAI JAGUH KAMPUNG

Salam semua,

Setelah menonton siaran langsung anugerah SHOUT! AWARDS 2009 Friday-nite yang lalu - maka bertambahlah lagi bilangan majlis anugerah untuk jaguh2 seni di persada seni kita.

Hey berapa punya banyak anugerah haaaahhhh? Industri hiburan kita tidak lah besar mana ... semakin merosot dan semakin malap pulak tu ................. PUN ada lagi penyampaian anugerah untuk mereka2 yang terlibat dalam industri hiburan.

Namun begitu ..... ianya agak lain dari yang lain .......... apa yang lain nya? ....... Ya! agak lain daripada biasa seperti apa yang pernah di anjurkan oleh pihak2 media2 dan badan2 penggiat seni sebelum ini ... dimana puak2 yang berauthority lebih mementingkan artis2 pilihan mereka base on 'favouritism' dan sebab itulah kita sentiasa dikejutkan dengan keputusan2 yang mengejutkan. Hingga ada satu ketika dulu .... dek kerana kejutan daripada keputusan dari juri profesional yang mengejutkan ...... maka penonton semua sampai terkejut dek ada sampai orang menghentak meja ......... habis terkejut semua .... itu memang betoi2 terkejut dek kejutan ...... kerana ini semua disebabkan mainan kotor dengan berkompromi dengan orang dalam..

Yang dikatakan .... Yang lainnya.... adalah kerana tak timbul atau tak menonjol nama2 besar yang kononnya hebat2 belaka ...... dimana Jaguh2 Kampung kita?

Dimana Tok Siti .... dimana Jamal Abdillah? ..... dimana M. Nasir? semuanya tenggelam..

Hero tua si Rosyam Nor tu tak terlibat ka? Katanya dia pun hebat bebenor boleh mengalahkan pelakon2 handalan yang lain. Tak nampak kelibat bayang pun. Cuma hanya si artis kodok kembong Afdlin Shauki saja jenis muka tebal sudah tentu cuba sedaya upaya untuk tumpang tui agar dapat meraih apa2 yang mungkin.

Jaguh2 Kampung 'kalah angin' jika digabungkan dengan puak2 'urban'. Bukan setakat kalah angin saja .... kalah moral ..... kalah habis ..... tenggelam hingga nama pun tak disebut .....
Sama2 puak2 Melayu bolehlah tunjuk handal ... itu pun cara tak betoi ... cara tipu muslihat ....cara main pintu belakang .... cara main kotor .... cara dipilih ikut 'pilih bulu' .... favouritism.
Patut pun ada sesetengah yang patut menang .... tak menang ... yang tak macam mana punya calon boleh menang ................ dgn tak disangka2 boleh menang. Itu yang dikatakan 'kejutan' tu ?

Kalau di pertandingan atau di majlis penyampaian anugerah2 dimana wang memainkan peranan dalam menentukan hadiah selain gelaran dan trofi ................ maka disitulah kita boleh lihat manipulasi demi manipulasi dengan para calon2 yang sanggup berkompromi dengan orang dalam (orang yang berpengaruh dan berauthority) asalkan dapat mencapai niat dan tujuan masing2 ..........

Selain dari hadiah2 trofi dan kereta mewah ....... Bayangkan hadiah wangtunai yang begitu besar (RM100,000 seorang - protege & mentor jumlah besarnya RM200,000) bagi hadiah juara (tempat pertama) dalam siri konsert Mentor 3 baru2 ini. Dan bandingkan perbezaan nya dengan hadiah wangtunai bagi tempat (runner-up) kedua sebanyak hanya RM30,000 sahaja - bezanya cukup besar dong .... RM70,000 x 2 = RM140,000 dong ...... tak kan tak boleh di manipulasikan?
Fikir ambik lah ..... guna akai la .... otak Tuhan bagi ....pikiaq2 lah ... Bila dah wang menjadi rebutan ... macam2 boleh berlaku .... macam2 boleh terjadi ...... dan memang banyak dah kerapkali dan acapkali berlaku dalam banyak jenis penyampaian anugerah (lebih2 lagi yang melibatkan jumlah wangtunai sebagai ganjaran hadiah).
Sekarang ni .... semakin banyak majlis anugerah & peraduan2 realiti di tv menghadiahkan hadiah utama berupa wangtunai mencecah jumlah RM100,000 beb! ..... SEBABnya? untuk makan besar ... share pun bertambah .... terpaksalah membesarkan hadiahnya dong ........ TAK GITU? macam MEGA PROJEK juga lah .......

Satu lagi contoh yang mudah dipraktikkan ketika dalam majlis penganugerahan AJL (Anugerah Juara Lagu) dimana pada satu ketika dulu .... ada lagu yang dicalon yang mana penciptanya, penulis liriknya dan penyanyinya pun hanya dia seorang .... yakni ketiga2 kategori itu dibolot oleh dirinya seorang sahaja. Bila satu kepala saja merangkumi ketiga2 kategori lagu yang dicalonkan .... ini amat mudah untuk berkompromi (iaitu menggunakan konsep ...."boleh di runding") dengan orang dalam yang berpengaruh/berauthority untuk sama2 mengecapi habuan wangtunai yang dengan mudah dapat dibahagi2 dan dibedak2 mengikut persetujuan antara mereka .... (seperti "you take half..... I take half") .... agar sama2 merasai kemenangan dlm situasi 'menang-menang' atau 'win-win situation'. Sedangkan ada lagi satu lagunya pada kala itu yang juga tercalon pada kategori lain dimana ketiga2 dihasilkan oleh tiga orang (iaitu penciptanya, penulis liriknya dan penyanyi nya adalah tiga orang yg berlainan - yakni tiga kepala)... Tiga kepala memang amat berisiko tinggi untuk mencapai kata sepakat dalam perkara2 'mainan kotor' seperti ini ... tambah pulak melibatkan wangringgit. Kelak kemungkinan besar rahsia mungkin mudah terbongkar bila timbul sesuatu perbalahan atau misunderstanding diantara mereka.

Sebab itulah terlalu banyak penyampaian anugerah dalam negara Malaysia yang berapa kali ganda betapa kecil sizenya jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat .... apa lagi dengan perusahaan filem Hollywood yang jauh lebih hebat dan lebih berkualiti dan juga meliputi pasaran keseluruh persada dunia. Dan cuba fikirkan ... adakah anugerah2 berprestij Hollywood seperti Academy Award, Golden Globe Award, Grammy Award, Emmy Award dan lain2 lagi semua itu melibatkan wangtunai sebagai hadiah sampingan? Wangtunai tidak terlibat langsung ....hanyalah melibatkan hanya trofi sahaja .... tidak pun melibatkan wangtunai.

Hanya kita di Malaysia saja banyak melibatkan wangringgit kerana dengan cara dan sistem penglibatan wangringgit lah boleh menghasilkan situasi 'menang-menang' atau "win-win situation".. Dan sebab itulah juga banyak JAGUH2 KAMPUNG yang tercipta ..... dek kerana terlalu banyak 'mainan kotor' berlaku.

TAPI dalam situasi penganugerahan SHOUT! AWARDS 2009 yang meliputi dan merangkumi semua golongan menyeluruh yang menggabungkan sekali 'kampung' dan 'urban' ......Nampak sangat bila nama2 besar (yang selalunya digembar-gemburkan oleh puak2 media yg senantiasa memberi pujian yang melambung2 pada mereka) tidak pun tersenarai dicalonkan pada peringkat top-five finalists.... (kecuali hanya Tok Siti) ..... bilamana mereka di saingkan dalam arena yang lebih luas ..... wider scope ...... diatas padang permainan yang sama rata (on the same level playing field) ...... dan inilah hasil keputusannya..... Jaguh2 Kampung semua entah kemana .... entah di mana kedudukan mereka.. Hilang .... tak namppak bayang. Dan juga anugerah SHOUT! AWARDS 2009 ini tidak melibatkan hadiah wangtunai pun melainkan trofi sahaja sebagai ganjarannya.

Itulah hakikatnya ...... bila pilihan dari sistem mainan kotor ... maka hasilnya pun jadi kotor jugalah ....

Tak hairanlah kita punya negara cukup punya ramai 'jaguh kampung'.

Yak yak yay .... hip hip hooray ......

No comments:

Post a Comment