Sunday, July 19, 2009

MEMANG ARTIS2 MELAYU KITA JAGUH KAMPUNG

Salam semua,

Setelah menonton siaran langsung anugerah SHOUT! AWARDS 2009 Friday-nite yang lalu - maka bertambahlah lagi bilangan majlis anugerah untuk jaguh2 seni di persada seni kita.

Hey berapa punya banyak anugerah haaaahhhh? Industri hiburan kita tidak lah besar mana ... semakin merosot dan semakin malap pulak tu ...... PUN ada lagi penyampaian anugerah untuk mereka2 yang terlibat dalam industri hiburan.

Namun begitu ..... ianya agak lain dari yang lain ....... apa yang lain nya? ....... Ya! agak lain daripada biasa seperti apa yang pernah di anjurkan oleh pihak2 media2 dan badan2 penggiat seni sebelum ini ... dimana puak2 yang berauthority lebih mementingkan artis2 pilihan mereka base on 'favouritism' dan sebab itulah kita sentiasa dikejutkan dengan keputusan2 yang mengejutkan. Hingga ada satu ketika dulu .... dek kerana kejutan daripada keputusan dari juri profesional yang mengejutkan ... maka penonton semua sampai terkejut dek ada sampai orang menghentak meja ..... habis terkejut semua .... itu memang betoi2 terkejut dek kejutan .... kerana ini semua disebabkan mainan kotor dengan berkompromi dengan orang dalam.

Yang dikatakan .... Yang lainnya.... adalah kerana tak timbul atau tak menonjol nama2 besar yang kononnya hebat2 belaka .... dimana Jaguh2 Kampung kita?

Dimana Tok Siti .... dimana Jamal Abdillah? ..... dimana M. Nasir? semuanya tenggelam.

Hero tua si Rosyam Nor tu tak terlibat ka? Katanya dia pun hebat bebenor boleh mengalahkan pelakon2 handalan yang lain. Tak nampak kelibat bayang pun. Cuma hanya si artis kodok kembong Afdlin Shauki saja jenis muka tebal sudah tentu cuba sedaya upaya untuk tumpang tui agar dapat meraih apa2 yang mungkin.

Jaguh2 Kampung 'kalah angin' jika digabungkan dengan puak2 'urban'. Bukan setakat kalah angin saja ... kalah moral ..... kalah habis ..... tenggelam hingga nama pun tak disebut ....

Kalau di pertandingan atau di majlis penyampaian anugerah2 dimana wang memainkan peranan dalam menentukan hadiah selain gelaran dan trofi ..... maka disitulah kita boleh lihat manipulasi demi manipulasi dengan para calon2 yang sanggup berkompromi dengan orang dalam (orang yang berpengaruh dan berauthority) asalkan dapat mencapai niat dan tujuan masing2 .....

Selain dari hadiah2 trofi dan kereta mewah ....... Bayangkan hadiah wangtunai yang begitu besar (RM100,000 seorang - protege & mentor jumlah besarnya RM200,000) bagi hadiah juara (tempat pertama) dalam siri konsert Mentor 3 baru2 ini. Dan bandingkan perbezaan nya dengan hadiah wangtunai bagi tempat (runner-up) kedua sebanyak hanya RM30,000 sahaja - bezanya cukup besar dong .... RM70,000 x 2 = RM140,000 dong ...... tak kan tak boleh di manipulasikan?
Fikir ambik lah ... guna akai la .... otak Tuhan bagi ....pikiaq2 lah ... Bila dah wang menjadi rebutan ... macam2 boleh berlaku .... macam2 boleh terjadi .... dan memang banyak dah kerapkali dan acapkali berlaku dalam banyak jenis penyampaian anugerah (lebih2 lagi yang melibatkan jumlah wangtunai sebagai ganjaran hadiah).

Satu lagi contoh yang mudah dipraktikkan ketika dalam majlis penganugerahan AJL (Anugerah Juara Lagu) dimana pada satu ketika dulu .... ada lagu yang dicalon yang mana penciptanya, penulis liriknya dan penyanyinya pun hanya dia seorang .... yakni ketiga2 kategori itu dibolot oleh dirinya seorang sahaja. Bila satu kepala saja merangkumi ketiga2 kategori lagu yang dicalonkan .... ini amat mudah untuk berkompromi (iaitu menggunakan konsep ...."boleh di runding") dengan orang dalam yang berpengaruh/berauthority untuk sama2 mengecapi habuan wangtunai yang dengan mudah dapat dibahagi2 dan dibedak2 mengikut persetujuan antara mereka .... (seperti "you take half..... I take half") .... agar sama2 merasai kemenangan dlm situasi 'menang-menang' atau 'win-win situation'. Sedangkan ada lagi satu lagunya pada kala itu yang juga tercalon pada kategori lain dimana ketiga2 dihasilkan oleh tiga orang (iaitu penciptanya, penulis liriknya dan penyanyi nya adalah tiga orang yg berlainan - yakni tiga kepala). Tiga kepala memang amat berisiko tinggi untuk mencapai kata sepakat dalam perkara2 'mainan kotor' seperti ini ... tambah pulak melibatkan wangringgit. Kelak kemungkinan besar rahsia mungkin mudah terbongkar bila timbul sesuatu perbalahan atau misunderstanding diantara mereka.

Sebab itulah terlalu banyak penyampaian anugerah dalam negara Malaysia yang berapa kali ganda betapa kecil sizenya jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat .... apa lagi dengan perusahaan filem Hollywood yang jauh lebih hebat dan lebih berkualiti dan juga meliputi pasaran keseluruh persada dunia. Dan cuba fikirkan ... adakah anugerah2 berprestij Hollywood seperti Academy Award, Golden Globe Award, Grammy Award, Emmy Award dan lain2 lagi semua itu melibatkan wangtunai sebagai hadiah sampingan? Wangtunai tidak terlibat langsung ....hanyalah melibatkan hanya trofi sahaja .... tidak pun melibatkan wangtunai.

Hanya kita di Malaysia saja banyak melibatkan wangringgit kerana dengan cara dan sistem penglibatan wangringgit lah boleh menghasilkan situasi 'menang-menang' atau "win-win situation". Dan sebab itulah juga banyak JAGUH2 KAMPUNG yang tercipta ..... dek kerana terlalu banyak 'mainan kotor' berlaku.

TAPI dalam situasi penganugerahan SHOUT! AWARDS 2009 yang meliputi dan merangkumi semua golongan menyeluruh yang menggabungkan sekali 'kampung' dan 'urban' ......Nampak sangat bila nama2 besar (yang selalunya digembar-gemburkan oleh puak2 media yg senantiasa memberi pujian yang melambung2 pada mereka) tidak pun tersenarai dicalonkan pada peringkat top-five finalists.... (kecuali hanya Tok Siti) .... bilamana mereka di saingkan dalam arena yang lebih luas ..... wider scope ..... diatas padang permainan yang sama rata (on the same level playing field) ..... dan inilah hasil keputusannya..... Jaguh2 Kampung semua entah kemana ... entah di mana kedudukan mereka. Hilang .... tak namppak bayang. Dan juga anugerah SHOUT! AWARDS 2009 ini tidak melibatkan hadiah wangtunai pun melainkan trofi sahaja sebagai ganjarannya.

Itulah hakikatnya ..... bila pilihan dari sistem mainan kotor ... maka hasilnya pun jadi kotor jugalah ....

Tak hairanlah kita punya negara cukup punya ramai 'jaguh kampung'.

Yak yak yay .... hip hip hooray ......

No comments:

Post a Comment