Monday, July 20, 2009

FILEM MALAYSIA KE PERSADA DUNIA?

Don't joke man ......

Di Festival Filem Malaysia Ke 22 pada awal bulan Ogos nanti akan menyaksikan temanya "FILEM MALAYSIA KE PERSADA DUNIA" .... ke persada dunia? Wah! Wah! Wah! ..... dahsyat! dahsyat! sakan nampak? tak mau kalah nampak?

Kalau dalam Malaysia sendiri pun tak dapat tempat .... iaitu di persada tempatan pun tak dapat sambutan macam mana nak ke persada dunia? Hanya boleh angan2 sajalah ... angan2 kosong ... angan2 Mat Jenin ... Atau juga macam kebanyakan kita yang hanya suka SYOK SENDIRI aje?

Tak sangka ye? yang pihak Finas pun berangan2 macam Mat Jenin .... atau mimpi disiang hari.
Yang syok tu Finas pun angan2 untuk bagi syok sendiri.

Nak capture market ditempat sendiri pun susah .... inikan nak conquer world market? macamlah industri perfileman di Malaysia ni macam di Hollywood sana. Nak samakan filem2 Malaysia ni setaraf dengan Hollywood? ..... jawabnya jauh panggang dari api .... jauh beza antara langit dengan bumi ...... Finas harus berfikiran waras dan harus berpijak di bumi nyata. (sober pun diperlukan - bukannya mabuk atau khayal dek berdengung macam kaki2 ganja & syabu seperti mat2gian tu).

Sedarlah diri anda wahai Finas ..... filem2 tempatan (filem2 Melayu lah) - nak tarik minat penonton tempatan pun tak mampu ... ini pulak nak cuba pikat penonton luar negara.
Nampaknya ini macam nak duga di laut dalam .... sedangkan kail hanya panjang sejengkal.

Bayangkan .... sambutan penonton di Malaysia .... nak dapat tarik penonton sebanyak setengah juta pun susah ...... setengah juta (500,000) orang dari jumlah bilangan populasi di Malaysia kini lebih kurang 26 atau 27 juta. Berapa percent sahaja yang sanggup menerpa ke panggung untuk menonton filem2 Melayu yang tidak punya kualiti langsung tu ... boleh di ibaratkan sebagai sampah sahaja .... bagaimana boleh hendak tarik minat mereka2 yang biasa dengan hidangan filem2 yang lebih berkualiti di luar sana.

Begitu juga lah dengan drama2 tv yang di tunjuk walaupun secara 'free show' (percuma) tu pun kita sebagai penonton tengok secara main-main sahaja .... iaitu secara sambil2an bagi mengisi waktu ......maksudnya tidaklah 'look forward' untuk sesuatu drama yang dipromosikan oleh pihak tv seringkalinya melalui promo-iklannya.... dengan lain perkataan "tengok tak apa ... tak tengok pun tak apa .... kalau tak tengok pun .....we don't feel that we miss that particular program show though .....".

Ada juga sesetengah nya hanya menonton sekadar untuk menonton drama2 Melayu yang sudah sememangnya sedar yang ianya hanya membuang masa ... tapi sekadar untuk menyumpah ada ler ....... mau tak nya? ....... hidangan2 drama2 Melayu kebanyakannya jenis SAMPAH ..... kita tengok sudah tentu naik MENYAMPAH ....... bila dah MENYAMPAH .... apalagi?.... mulalah MENYUMPAH2 jawabnya.

Itulah drama2 dan filem2 kita ... sama saja .... dua kali lima .... lima kali dua saja. Balik2 orang tu juga yang berlagak aksi lakon dengan cara yang sama ... style yang sama ..... yang monotonous ... yang stereotype punya persembahan .....dengan banyak perkara2 yang tak masuk akal (tak logik) macam mana orang tak get bored? ... bosan! ... tau dak .... bosan! .... cukup MEMBOSANKAN ..... cemuih (kata oghang Peghelih) .....naik CEMUIH sungguh dengan filem2 kita dan juga artis2 kita yang banyak mengada2 dengan sikap melampau2 punya perangai serta terlalu ghairah mengejar glamor saja yang mereka gilakan.

Dan itukah keadaan FILEM KITA WAJAH KITA? Kalau begitulah filem2 kita ..... mencerminkan wajah kita ... memang amat mengaibkan lah. Jika filem2 kita memaparkan persembahan yang berupa 'sampah' saja .... maka ia mencerminkan (wajah) masyarakat kita juga 'sampah' .... dah laa negara kita pun cukup ramai dengan segala 'sampah masyarakat' .... ditambah pula dengan pendedahan melalui filem2 kita .... yang rata2 juga jenis 'sampah' belaka.

Namun itulah kemegahan pemimpin2 kita .... dengan bangganya mengcanangkan yang FILEM KITA WAJAH KITA ...... dan itu jugalah realitinya.

No comments:

Post a Comment