Thursday, July 30, 2009

KENAPA TERLALU BANYAK FILEM2 BERCORAK SERAM/HANTU?

Itu dah memang adat kita orang2 Melayu ....
Bila seseorang peniaga Melayu berniaga .... dan maju kerana laris jualannya .... maka kita boleh tengok & lihat berderet2 lagi puak2 Melayu akan turut sama membuka perniagaan yg sama di samping peniaga Melayu yg berjaya tadi. Bersaing di tempat dan kawasan yang sama mengharapkan pelanggan2 yang sama dari kawasan yg sama. Adakah itu satu persaingan yg sehat? Itu bukan sehat namanya .... tapi 'jahat' .... niat jahat dgn nawaitu yg seperti dengki atau cemburu melihat kejayaan orang lain..... tak boleh tengok orang lain senang ....

Contoh yang paling ketara .... di sekitar Jalan Ampang suatu ketika dulu ..... sebelum Taman Datuk Ahmad Razali ..... sederet gerai2 lebih kurang sepuluh yang kesemuanya berniaga 'tomyam' belaka. Apakah ini baik disegi persaingan?

Begitu juga dalam bidang perfileman .... bila seorang buat cerita rempit merempit maka ramai jugalah pembikin2 filem2 Melayu turut berlumba2 bergiat dalam bidang itu juga. Dan kini menular kepada cerita filem2 seram (hantu dan sebagainya) sejak filem hantu 'Pontianak Harum Sundal Malam' mendapat sambutan yang hangat (pecah panggung ataupun hampir2 pecah panggung - namun ianya mendapat sambutan begitu baik sekali). Dan hingga kini filem2 (termasuk juga drama2 tv) bercorak seram/hantu tak putus2 diterbitkan oleh berbagai2 penerbit/pengeluar filem (dan juga drama tv).



Tapi tidak pulak ianya berlaku pada filem2 bercorak animasi? Sedangkan baru2 ini, suatu fenomena telah berlaku .... iaitu filem bercorak animasi ...... berjodol "Geng .... Pengembaraan Bermula" .... menonjolkan karekter Upin & Ipin .... begitu mendapat tempat di segenap lapisan khlayak penonton .... dan meletup dipawagam (box-office) dengan jumlah penonton telah memecah rekod dengan jumlah yang masuk pawagam sebanyak lebih 800,000 bilangan jumlah penonton. Bilangan paling terbesar pada dekad ini.

Kenapa ianya tidak berlaku pada bidang ini?

Ini disebabkan puak2 pembikin filem2 yang bercirikan animasi tidak ramai yang mahir dan tahu dalam teknik pembikinan filem2 bercorak animasi seperti ini. Jadi tidaklah terdapat keghairahan bersaing dipasaran. Kalau adapun hanyalah penerbit filem seperti pengusaha filem KRU sahaja. Ini kerana mereka berkemampuan memandangkan mereka pernah mengeluarkan filem 'Cicakman' yang mendapat sambutan hangat.

No comments:

Post a Comment