Saturday, July 25, 2009

GELARAN SENIMAN AGUNG BUKAN UNTUK SEBARANG ARTIS TOM DICK & HARRY

PENGERUSI FORUM FENOMENA SENI TAK TAHU GUNA ISTILAH (TERMS = TERMA)

Untuk perhatian Rosyam Nor,

Ngko jangan memalukan diri sendiri sebagai anak Melayu yg seharusnya pandai dalam penggunaan istilah bahasa Melayu lebih2 lagi semasa menjadi 'moderator' atau pengerusi forum wawancara Fenomena Seni di TV1 pada Ahad 19 Julai 2009 kelmarin.

Kita tahu kedudukan awak - tentang tahap pelajaran pendidikan kelulusan akademik awak. Tapi itu tidak jadi persoalan - kerana awak pandai dalam bidang lakonan - jadi sudah tentu awak pandai dalam bidang pertuturan dan berkata2. Justeru, itulah awak harus berhati2 dalam menggunakan bahasa dan istilah Melayu dalam sesi perbualan apalagi bila di tonton oleh ramai penonton (yang majoriti nya Melayu) - atau sememangnya awak tu tak reti guna atau tak tahu guna atau tak faham maksud 'seniman agung' itu? just because you are so obsessed iaitu terlampau2 taksub untuk mendapat gelaran yang sama iaitu 'Seniman Agung' juga? Kerana sejak beberapa sesi perbincangan dalam wawancara Fenomena Seni yang lepas2 - awak kerap membangkitkan isu2 atau ungkapan2 gelaran 'seniman agung' untuk para seniman yg dah mencapai kejayaan dan pengalaman (lebih2 lagi golongan seniman veteran). Tapi ngko tidak boleh membuat ukuran sebegitu .... itu bukan 'benchmark' atau 'kayu ukur' untuk mencapai kepada tahap seperti apa yang pernah di kecapi dan penerimaan masyarakat dengan sambutan hangat dan hebat terhadap kehebatan Seniman Agung P. Ramlee. Gelaran penghormatan 'Seniman Agung' bukan hanya sekadar pengalaman menjadi ahli seni .... sama ada sudah bergiat sekian2 lama dalam bidang lakunan atau nyanyian atau sebagainya .... dan bukan hanya sekadar berjaya (successful) pada hanya dalam satu bidang nyanyian atau lakunan atau pelawak atau penghibur sahaja ....... malah ia lebih dari itu. Pengertian nya lebih luas dari itu.

Topik Fenomena Seni minggu lepas agak lain dari yang selalu diadakan. Kenapa di fokus kan kepada penyanyi Jamal Abdillah pula? Apa Fenomena Seni sudah kekeringan idea atau modal untuk dibawa berbincang? Fenomena Seni adalah satu forum wawancara mengenai hal ehwal seni in general - tidaklah hanya tumpuan kepada seseorang individu seni seperti apa yang berlaku malam itu. Ini pula mengenai hal peribadi Jamal Abdillah pula jadi topik perbincangan oleh dua orang sahaja (kali ini). Itupun tuan punya badan sendiri (iaitu Jamal sendiri) yang dijemput sebagai ahli panel bersama seorang lagi panel jemputan (wartawan hiburan dari kumpulan akhbar Berita Harian/HarianMetro - tak pasti pula akan namanya dan dari akhbar yg mana satu). Kalau nak dijadikan ini suatu promosi untuk sesuatu konsert amal atau sebagainya oleh seseorang individu seni (seniman) - tidak sepatutnya pihak TV1 memasukkan kedalam slot forum yang mengendalikan bual-bicara (talk-show). Ini sudah lari dari maksud dan tujuan asas.

Tentang salahguna penggunaan istilah 'Seniman Agung' yang selalu sangat awak Rosyam Nor ghairah sangat mengaplikasikan kepada setiap individu seni sebagai 'seniman agung' nampaknya sudah menyimpang atau terpesong dari maksudnya. Apakah ada maksud atau tujuan dan niat tersembunyi awak untuk diwar-warkan kepada umum agar diterimapakai oleh semua terhadap setiap individu seni yang bergelar seniman semuanya 'seniman agung' belaka?

Apakah pengertian awak tentang erti atau maksud 'seniman agung' seperti yang pernah diberi kepada Allahyarham P. Ramlee? Mungkin awak hanya sedar gelaran penghormatan itu hanya diangkat oleh pihak media sahaja. Tidak lebih dari itu. Jadi tidak ada nilai dalam ertikata sebenarnya? Namun awak harus ingat dan harus sedar tentang sambutan menyeluruh dan penerimaan masyarakat seluruhnya dari beberapa peringkat generasi sejak zaman di tahun2 50an lagi tentang penerimaan P.Ramlee sebagai seniman yang diminati dan dikagumi oleh semua peringkat dan lapisan umur.

Itulah justifikasinya satu2nya penghormatan yang amat berharga bagi seniman Allahyarham P.Ramlee dengan gelaran 'Seniman Agung' kerana sifat 'versatility' nya dalam pelbagai bidang dan cabang seni ...... dan beliau 'excel' dalam setiap bidang yang diceburinya. 'Excel' disini bermaksud ... menyerlah dengan cemerlangnya lagi gemilang terhadap sambutan dan penerimaan menyeluruh bagi seluruh lapisan masyarakat berbilang bangsa dari generasi ke generasi dari zaman hidupnya hingga ke zaman selepas kematiannya. Ini tidak terdapat dan tidak berlaku pada sebarang individu seni kini.... termasuk awak sendiri. Dan ini tidak mungkin berlaku dan tidak akan berlaku.

Cuba tanya balik ..... adakah awak (atau juga Jamal? M.Nasir, Aziz Satar dll) menyerlah dalam segenap cabang atau bidang seni seperti yang telah di kecapi oleh Allahyarham P. Ramlee? Adakah awak, Jamal, M. Nasir, Aziz Satar, Jin Shamsudin, Mustafa Maarop dll ..... punya bakat yang "versatile" dalam segenap bidang seni dgn pelbagai bentuk, cara, gaya yang merangkumi segenap genre iaitu "varieties" yang juga menyerlah (excel)? Jika ada dan mencapai tahap seperti itu ... barulah boleh, amat sesuai dan bertepatan dan semestinya wajar diberi gelaran "Seniman Agung". Tak semestinya ... harus diangkat oleh pihak media maupun kerajaan - ini penerimaan oleh semua golongan masyarakat keseluruhan - masyarakat sejagat ..... bukan hanya segelintir puak atau persatuan atau kumpulan orang2 seni sahaja .... ianya mesti melibatkan 'public at large'. Kan manusia seni adalah 'hak masyarakat' ? Public property in one way or other - jadi ianya mesti diambilkira oleh semua golongan dan untuk semua - iaitu masyarakat sejagat.
Sungguhpun ada individu seni sering mewar-warkan yang dirinya kini sudah ada banyak "pe" - maksudnya penyanyi, pelakun, penghibur, pengarah, pencipta lagu, penulis lirik, penulis skrip, penerbit filem/drama/album dan sebagainya - tapi adakah mereka2 (individu2 seni) berkenaan yg cuba untuk menunjukkan betapa "versatile" nya mereka itu benar2 menyerlah dan cemerlang dalam setiap yang di kendalikan mereka seperti seniman agung P. Ramlee?

Si M.Nasir tu? Jamal Abdillah? Sudirman? Aziz Satar? Rosyam Nor? Jin Shamsudin? Mustafa Maarop? dan lain2 semua tu .... apa ada?
Mereka hanya menyerlah pada satu genre atau bidang seni saja ....... kita tidak boleh menganggap mereka2 yang tersebut tu punya berketokohan sebagai seorang yang "versatile".

Bezanya kehebatan Seniman Agung P. Ramlee ini ialah - beliau bukan sahaja "versatile" tetapi banyak hasil kerjaseninya (artworks) dalam bentuk yg berbagai2 iaitu "varieties" .... baik dalam persembahan lagu nyanyian, bidang penciptaan/gubahan/penulisan muzik, lakonan (drama & komedi) dan pengarahan filem sama ada drama atau komedi maupun fantasi (termasuklah dialog dan kata2 ungkapannya yang menjadi ikutan semua). Semuanya menyerlah .... kalau dalam bidang seni lagu ..... bukan hanya satu atau dua atau tiga sahaja yang menyerlah .... malah cukup banyak. Begitu juga penglibatannya dalam bidang2 lain ........ dan itu juga bukan dalam satu jenis atau bentuk .... malah berbagai2 ..... varieties .... dgn mendapat sambutan hebat lagi .... itulah dikatakan penerimaan di semua pihak, golongan dan peringkat. Kesemuanya boleh diklasifikasikan sebagai "Cemerlang, Gemilang & Terbilang".

Adakah individu2 seni kini (yang dikatakan seniman sekarang ini) berada ditahap seperti apa yang telah dikecapi oleh P. Ramlee? Bayangkan 'duration' atau jarak masa penglibatan seni P. Ramlee di persada seni semasa hayatnya secara formalnya mengambil masa kira2 hanya sekadar lebih kurang 23 tahun sahaja. Ini diambilkira penglibatannya dan bermulanya bintang yang mula menyinar (sign of a shining star) dari tahun 1950 sehinggalah 1973. Bayangkan betapa punya banyak bidang yang beliau menyerlah (excel) dalam masa yang singkat sahaja. Itu yang di katakan "versatile" plus "varieties" dan pula penerimaan menyeluruh ditahap sepanjang zaman. Dan boleh dianggap sebagai "Man For All Seasons".

Memang amat bersesuaian gelaran 'Seniman Agung' untuk beliau. Beliau sememangnya berhak dengan gelaran "Seniman Agung" (walaupun tidak ada pengiktirafan secara resmi sama ada dari pihak media atau pun kerajaan atau pun badan2 persatuan seni atau sebagainya). Penghormatan gelaran 'Seniman Agung' untuk beliau bukan hanya sekadar beliau hanya cemerlang (excel) dalam bidang seni lakunan sahaja. Akan tetapi beliau adalah seorang seniman yang lebih dari sebarang seniman yang ada dan yang pernah wujud dimuka bumi Malaysia ini - baik dulu maupun kini. Beliau bukan hanya boleh menyanyi sahaja .... bukan hanya popular dengan hanya satu dua lagu sahaja atau satu jenis rentak sahaja tetapi tiap2 lagu beliau mendapat tempat dihati semua peringkat umur. Keterampilan beliau dalam bidang seni suara (dgn suaranya yg lemak merdu) amat menyerlah sekali dalam apa saja bentuk nyanyian - dalam pelbagai genre baik lagu2 berirama suka duka asli keroncong lawak-jenaka dan berbagai2 lagi (lihat sajalah lagu2 yang di dapati dari filem2 beliau - lihat juga penampilannya berduet dengan beberapa pasangan penyanyi wanita - yang senantiasa boleh mencapai keserasian dan kesesuaian - lebih2 lagi bila berduet bergandingan dgn Allahyarhamah Saloma (isteri beliau)). Ini tidak ada pada artis2 kita yang juga popular kini.

Kalau seniman Jamal Abdillah juga seorang seniman yang hebat dan sangat popular .... tetapi dia hanya excel dalam bidang nyanyian sahaja .... maka tidaklah wajar diberi gelaran 'seniman agung' kepada beliau .... wahai Rosyam Nor. Kerana sifat 'agung' atau 'sesuatu yang agung' atau sifat 'keagungan' itu merangkumi sesuatu ciri2 yang menyeluruh dan kesemuanya menyerlah dan hebat2 belaka ..... iaitu semuanya .... ciri2 yang cemerlang dan gemilang ... dan mempengaruhi segenap lapisan masyarakat dan dari generasi ke generasi sepanjang zaman ..... barulah boleh di anggap sesuatu itu bersifat 'agung'.
Sesuatu sifat yang 'AGUNG' itu menunjukkan sesuatu yang MASYHOR ....... 'TERBILANG' - bukannya 'ramai hingga tak boleh di bilang' - dalan bahasa omputih - OUTSTANDING ABOVE ALL OTHERS - barulah boleh dikatakan AGUNG. Bukan segenap makhluk boleh di sifatkan sebagai 'agung' ......

Jika awak maseh juga terus mengguna-pakai istilah 'Seniman Agung' kepada any Tom Dick and Harry punya individu seni .... maka ini menunjukkan betapa cetek nya pengetahuan awak dalam penggunaan bahasa dan istilah. Sudah lah ilmu akademik awak pun tidak seberapa ....... janganlah pula memperbodohkan diri sendiri pula dengan sengaja pandai2 memandai-mandai nak menaik-taraf individu seni dengan gelaran yang tak setimpal dan tak sewajarnya (berdasarkan erti atau maksud yang sebenar2nya).

Jangan salahgunakan istilah .....
kelak ia menempias kemuka sendiri juga.

~forwarded message~

MEMANG ARTIS2 MELAYU KITA PUN RAMAI JAGUH KAMPUNG

Salam semua,

Setelah menonton siaran langsung anugerah SHOUT! AWARDS 2009 Friday-nite yang lalu - maka bertambahlah lagi bilangan majlis anugerah untuk jaguh2 seni di persada seni kita.

Hey berapa punya banyak anugerah haaaahhhh? Industri hiburan kita tidak lah besar mana ... semakin merosot dan semakin malap pulak tu ............. PUN ada lagi penyampaian anugerah untuk mereka2 yang terlibat dalam industri hiburan.

Namun begitu ..... ianya agak lain dari yang lain .......... apa yang lain nya? ....... Ya! agak lain daripada biasa seperti apa yang pernah di anjurkan oleh pihak2 media2 dan badan2 penggiat seni sebelum ini ... dimana puak2 yang berauthority lebih mementingkan artis2 pilihan mereka base on 'favouritism' dan sebab itulah kita sentiasa dikejutkan dengan keputusan2 yang mengejutkan. Hingga ada satu ketika dulu .... dek kerana kejutan daripada keputusan dari juri profesional yang mengejutkan ..... maka penonton semua sampai terkejut dek ada sampai orang menghentak meja ......... habis terkejut semua .... itu memang betoi2 terkejut dek kejutan ...... kerana ini semua disebabkan mainan kotor dengan berkompromi dengan orang dalam..

Yang dikatakan .... Yang lainnya.... adalah kerana tak timbul atau tak menonjol nama2 besar yang kononnya hebat2 belaka .... dimana Jaguh2 Kampung kita?

Dimana Tok Siti .... dimana Jamal Abdillah? ..... dimana M.. Nasir? semuanya tenggelam..

Hero tua si Rosyam Nor tu tak terlibat ka? Katanya dia pun hebat bebenor boleh mengalahkan pelakon2 handalan yang lain. Tak nampak kelibat bayang pun. Cuma hanya si artis kodok kembong Afdlin Shauki saja jenis muka tebal sudah tentu cuba sedaya upaya untuk tumpang tui agar dapat meraih apa2 yang mungkin.

Jaguh2 Kampung 'kalah angin' jika digabungkan dengan puak2 'urban'. Bukan setakat kalah angin saja .... kalah moral ..... kalah habis ..... tenggelam hingga nama pun tak disebut .....
Sama2 puak2 Melayu bolehlah tunjuk handal ... itu pun cara tak betoi ... cara tipu muslihat ....cara main pintu belakang .... cara main kotor .... cara dipilih ikut 'pilih bulu' .... favouritism.
Patut pun ada sesetengah yang patut menang .... tak menang ... yang tak macam mana punya calon boleh menang ............ dgn tak disangka2 boleh menang. Itu yang dikatakan 'kejutan' tu ?

Kalau di pertandingan atau di majlis penyampaian anugerah2 dimana wang memainkan peranan dalam menentukan hadiah selain gelaran dan trofi ............ maka disitulah kita boleh lihat manipulasi demi manipulasi dengan para calon2 yang sanggup berkompromi dengan orang dalam (orang yang berpengaruh dan berauthority) asalkan dapat mencapai niat dan tujuan masing2 .......

Selain dari hadiah2 trofi dan kereta mewah ....... Bayangkan hadiah wangtunai yang begitu besar (RM100,000 seorang - protege & mentor jumlah besarnya RM200,000) bagi hadiah juara (tempat pertama) dalam siri konsert Mentor 3 baru2 ini. Dan bandingkan perbezaan nya dengan hadiah wangtunai bagi tempat (runner-up) kedua sebanyak hanya RM30,000 sahaja - bezanya cukup besar dong .... RM70,000 x 2 = RM140,000 dong ...... tak kan tak boleh di manipulasikan?
Fikir ambik lah .... guna akai la .... otak Tuhan bagi ....pikiaq2 lah ... Bila dah wang menjadi rebutan ... macam2 boleh berlaku .... macam2 boleh terjadi .... dan memang banyak dah kerapkali dan acapkali berlaku dalam banyak jenis penyampaian anugerah (lebih2 lagi yang melibatkan jumlah wangtunai sebagai ganjaran hadiah).

Satu lagi contoh yang mudah dipraktikkan ketika dalam majlis penganugerahan AJL (Anugerah Juara Lagu) dimana pada satu ketika dulu .... ada lagu yang dicalon yang mana penciptanya, penulis liriknya dan penyanyinya pun hanya dia seorang .... yakni ketiga2 kategori itu dibolot oleh dirinya seorang sahaja. Bila satu kepala saja merangkumi ketiga2 kategori lagu yang dicalonkan .... ini amat mudah untuk berkompromi (iaitu menggunakan konsep ...."boleh di runding") dengan orang dalam yang berpengaruh/berauthority untuk sama2 mengecapi habuan wangtunai yang dengan mudah dapat dibahagi2 dan dibedak2 mengikut persetujuan antara mereka .... (seperti "you take half..... I take half") .... agar sama2 merasai kemenangan dlm situasi 'menang-menang' atau 'win-win situation'. Sedangkan ada lagi satu lagunya pada kala itu yang juga tercalon pada kategori lain dimana ketiga2 dihasilkan oleh tiga orang (iaitu penciptanya, penulis liriknya dan penyanyi nya adalah tiga orang yg berlainan - yakni tiga kepala)... Tiga kepala memang amat berisiko tinggi untuk mencapai kata sepakat dalam perkara2 'mainan kotor' seperti ini ... tambah pulak melibatkan wangringgit. Kelak kemungkinan besar rahsia mungkin mudah terbongkar bila timbul sesuatu perbalahan atau misunderstanding diantara mereka.

Sebab itulah terlalu banyak penyampaian anugerah dalam negara Malaysia yang berapa kali ganda betapa kecil sizenya jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat .... apa lagi dengan perusahaan filem Hollywood yang jauh lebih hebat dan lebih berkualiti dan juga meliputi pasaran keseluruh persada dunia. Dan cuba fikirkan ... adakah anugerah2 berprestij Hollywood seperti Academy Award, Golden Globe Award, Grammy Award, Emmy Award dan lain2 lagi semua itu melibatkan wangtunai sebagai hadiah sampingan? Wangtunai tidak terlibat langsung ....hanyalah melibatkan hanya trofi sahaja .... tidak pun melibatkan wangtunai.

Hanya kita di Malaysia saja banyak melibatkan wangringgit kerana dengan cara dan sistem penglibatan wangringgit lah boleh menghasilkan situasi 'menang-menang' atau "win-win situation".. Dan sebab itulah juga banyak JAGUH2 KAMPUNG yang tercipta ..... dek kerana terlalu banyak 'mainan kotor' berlaku.

TAPI dalam situasi penganugerahan SHOUT! AWARDS 2009 yang meliputi dan merangkumi semua golongan menyeluruh yang menggabungkan sekali 'kampung' dan 'urban' ......Nampak sangat bila nama2 besar (yang selalunya digembar-gemburkan oleh puak2 media yg senantiasa memberi pujian yang melambung2 pada mereka) tidak pun tersenarai dicalonkan pada peringkat top-five finalists.... (kecuali hanya Tok Siti) ..... bilamana mereka di saingkan dalam arena yang lebih luas ..... wider scope ...... diatas padang permainan yang sama rata (on the same level playing field) ...... dan inilah hasil keputusannya..... Jaguh2 Kampung semua entah kemana .... entah di mana kedudukan mereka.. Hilang .... tak namppak bayang. Dan juga anugerah SHOUT! AWARDS 2009 ini tidak melibatkan hadiah wangtunai pun melainkan trofi sahaja sebagai ganjarannya.

Itulah hakikatnya ...... bila pilihan dari sistem mainan kotor ... maka hasilnya pun jadi kotor jugalah ....

Tak hairanlah kita punya negara cukup punya ramai 'jaguh kampung'.

Yak yak yay .... hip hip hooray ......

No comments:

Post a Comment