Thursday, March 25, 2010

'KAHWIN MEMBAZIR' tajuk dlm SEMANIS KURMA

Mengapa 'Semanis Kurma'? tidak SEMANIS MADU?
Takut atau phobia dgn perkataan 'madu' ?.... takut kalau2 berjangkit kat laki .... pasang lagi satu .... maka bermadulah ustazah .... terpaksalah bermanis2 dgn madu ...... maka bersesuaian lah dgn jodol 'SEMANIS MADU' ...... mintak simpang malaikat 44 ......

Cakap pasal tajuk yg sepasang suami isteri yg nampak mcm the most loving couple of the year after year after year and forever lah kot dok? bersembang tentang 'kahwin membazir' tu nampaknya hanya untuk bermanis2 dimulut sajalah dok? Semuanya nak tunjuk manis2 saja lah.... almaklum lah kena dgn jodol siri tu (Semanis Kurma) ya?

Tapi yang cukup ana terkilan adalah tentang rumusan yang di buat oleh ustazah tentang berkat dalam membuat atau mengendalikan kerja2 kahwin ni memang harus dan wajib di ikuti dan dituruti mengikut ajaran dan amalan Islam. Kecuali apa yang ustazh sebut iaitu kecuali adat menepong tawar, merinjis2 atau sebagainya tu memang tidak harus diamalkan sebab itu bukan adat dan budaya yang dituntut oleh Islam. Betul sangat tu ana cukup setuju. Tapi apa ustzah laki bini lupa kah yang adat bersanding diatas pelamin tu adalah warisan budaya Hindu yang menjadi ikutan kita orang2 Melayu sejak zaman sebelum kedatangan pengaruh Islam. Apa adat dan budaya Hindu tu (bersanding di atas pelamin) bukan kah bertentangan dengan ajaran dan amalan agama Islam? Ustaz dan ustazah ni bukan berpandukan kepada ajaran dan amalan Islam? Jadi, mengapa maseh dok bertahan akan adat budaya Hindu dalam majlis pengedalian nikah kahwin masyarakat kita Melayu yang berpegang kepada fahaman agama Islam pulak tu?

Mengapa tidak menggalakkan sistem nikah kahwin masyarakat Melayu-Islam semudah mungkin? Kan Islam itu mudah. Jadi praktikkanlah yang mudah. Bukan yang jenis complex yang menampakkan seperti satu jenis sambutan yang melampaui batas2 hukum agama. Mengapa harus diadakan - di continue kan cara adat budaya Hindu turun temurun seperti bersanding diatas pelamin serta dalam meletakkan harga wang belanja (iaitu yg naik dan sentiasa naik mencecah hingga ke puluhan ribu ringgit), bersama dengan persiapan hantaran sirih pinang diiringi pulak dengan berbagai jenis barangan hantaran berupa 'hadiah'2 yang sudah semestinya teristimewa (sudah tentu indah2 dan mahal2 harganya). Itu semua adat budaya ugama Hindu ..... mengapa harus kita terus mengamalkannya?

Jika hendak mengikut apa yang patut mengikut kehendak agama Islam ...... hanya wang persediaan iaitu 'mas kahwin' sahaja dan upacara akad nikah (ijab kabul) sudah cukup untuk sah nya sesuatu majlis nikah-kahwin disisi Islam. Hanya kita masyarakat Melayu yang terikut2 dengan adat dan budaya bangsa lain yang menjadikan masyarakat Melayu kita jadi songsang hingga membawa kepada pincang.

Apa tidaknya? Kita tidak mahu gejala2 seperti apa yang terpampang dibawah ni berterusan .... kerana ini akan melibatkan generasi kita yang akan datang. Generasi .... anak cucu cicit ......

Kerana nak elak dari berkahwin dengan berbelanja yang mencecah jumlah yang bukan2 (akibat Melayu ghairah suka berlawan menunjuk2 (riak) ..... maka jalan mudah jawabnya KAHWIN FREE saja ler ........ KAP ALIP WIN ..... FA RAW YA lagi ....... maka tercetuslah episode demi episode seperti laporan di bawah:

No comments:

Post a Comment