Sungguh janggal dan sungguh ganjil bila kita notice tentang pelbagai bentuk penganugerahan dalam negara kita yg kecil ni. Salah satu yang paling controversi yg sering diperkatakan orang adalah berkenaan anugerah 'datukship' yg cukup lumrah jadi buah mulut orang disana sini.
Ada yang betul2 genuine .... namun banyak yg sebaliknya. Banyak yg tidak genuine tu disebabkan memperolehi gelaran 'datukship' atau sebagainya melalui sogokan wang. Tidak kurang juga diklasifikasikan sebagai menggunakan sejumlah besar (makan beribu2 malah ratusan ribu ringgit) untuk 'membeli' gelaran 'datukship' atau sebagainya.
Sebab itulah ada yg jadi pelik, janggal, malah ada yg nampak tak relevan bagi seseorang yg bergelar datuk ..... memandangkan sebesar manakah jasa bakti yg seseorang penerima gelaran tu begitu benar2 berjasa sehingga layak untuk menerima sebarang anugerah seperti itu.
Banyak yang pelik .... banyak yang janggal ..... banyak yang ganjil ...... lebih2 lagi mencurigakan.
Ada yang tak layak (yg tidak berprestasi, yg berkelakuan tak senonoh, yg bergelar samseng malah yg profesion gangster penyangak dan sebagainya) boleh mendapat gelaran 'datuk' ..... malah yg betul2 layak pula tidak dipertimbangkan. Itu yang jadi pelik bin hairan ibni ajaib ni.
Salah satu contoh yg amat ketara:
Antara Roslan Aziz dgn Sheila Majid siapa lebih hebat dan lebih berjasa dlm bidang seni ... kegiatan seni? Untuk pengetahuan anda semua - Roslan Aziz adalah bekas suami Sheila Majid.
Siapa yg memerah otak untuk mencipta sesebuah lagu? .... bilamana lagu ciptaannya diserahkan kpd seorang yg dipilihnya untuk mendendangkan dan merakamkan hingga sipenyanyi (bekas isterinya Sheila Majid) pula yg mendapat nama... mendapat kemasyhoran ... Ini seperti 'Lembu punya susu sapi dapat nama'.
Memandangkan Roslan Aziz (seorang penggiat seni, karyawan, pencipta lagu etc) sepatutnya di utamakan dalam pertimbangan (priority) dalam pemberian anugerah 'datukship' drp diberi kpd 'bekas isteri' beliau iaitu Sheila Majid. Ini kerana Sheila Majid naik kerana bimbingan Roslan Aziz semasa menjadi suaminya dulu. Kepakaran dalam bidang seni muzik jika dibandingkan .... sudah tentu Roslan Aziz lebih handal dan lebih 'outstanding' berbanding dgn Sheila Majid yg hanya sekadar boleh menyanyi dgn membawa lagu2 orang sahaja. Itu sahaja yg dia miliki. Jadi, anugerah 'datukship' adalah lebih afdal dan lebih relevan kepada bekas suaminya rather than Sheila Majid .... kerana tidak ada ciri2 yang hebat jika diambil kira keterampilan bekas suaminya iaitu Roslan Aziz. Bukanlah bermaksud untuk mempromosi akan kepakaran dan kehebatan Roslan Aziz .... tetapi hanya sekadar untuk membuat perbandingan antara siapa yg lebih layak dan lebih relevan yang patut dapat gelaran tersebut.
Ada sesetengah kalangan masyarakat mempertikaikan tentang apa kelebihan bagi personaliti Sheila Majid hingga dapat gelaran 'datukship' .... mungkin pihak yang memberi recommendation untuk anugerah 'datukship' tu agaknya ... mata mereka dah rabun kot? ataupun mata dah naik juling kot? atau otak & daya fikir dah biul dah kot? Kat mana yang mereka nampak kelebihan si ketot tu? Kalau dalam bidang segi suara & performance dlm bidang nyanyian ..... Anita Sarawak jauh lebih menyerlah, jauh lebih mantap, malah lebih 'oustanding' dlm segenap hal. Beliau lebih memberi atau menaikkan nama negara dimata dunia dalam jangka masa yang begitu lama sekali (iaitu semasa beliau menjalani contract performance di Caesar's Palace di Las Vegas selama berbelas-belas tahun .... berdasarkan kontrak beliau disambung dan disambung kerana mendapat sambutan yg menggalakkan). Dan itu di peringkat antarabangsa lagi. Dan tiada siapa nampak akan kehebatan dan jasabakti Anita dalam menjulangnaik nama negara diperingkat antarabangsa.
Ya! personaliti seperti Roslan Aziz (bekas suami Sheila Majid) dan Anita Sarawak yang lebih outstanding dan lebih layak berbanding Sheila Majid.... untuk anugerah gelaran seperti itu.
Malah jika diambilkira artis2 lain yg lebih menyerlah seperti Andre Goh, Othman Hafsham, Kassim Masdor sepatutnya lebih layak lagi jika dibandingkan dgn Sheila Majid, Ali Mamak, Salwa Abd Rahman, Azizul Khamis dan beberapa lagi artis2 yang tak secocok dan tak setimpal dgn jasabakti dibidang yg mereka cebori.
Bagi personaliti Kassim Masdor - mungkin disebabkan beliau anak kelahiran S'pura - akan tetapi cuba consider tengok lagu2 ciptaan beliau seperti 'Bahtera Merdeka', 'Malaysia Baru' semua itu bukankah menunjukkan lagu2 kebanggaan bagi negara Malaysia dan bercirikan patriotisme?
Yang peliknya - dinegara kita (yang punya banyak penganugerahan bila berlakunya sambutan hari ulangtahun kelahiran Sultan2 & Yang DiPertua Negeri) ... maka ramailah senarai2 yang dicalonkan untuk menerima pelbagai macam bintang darjah kebesaran diraja yg bergelar dimana salah satunya 'datukship' yang menjadi idaman dan rebutan orang2 biasa (ordinary people) untuk dinaikkan taraf dan status mereka apabila mendapat gelaran 'datuk'. Tapi, oleh kerana gejala2 janggal dan ganjil yang mencurigakan sering berlaku dan terjadi ... maka status atau taraf gelaran 'datuk' tu sudah jadi bahan ejekan dan cemuhan di sesetengah kalangan masyarakat. Ini kerena sebab2 seperti yang disebut diatas itu..... seolah2 gelaran 'datukship' boleh dibeli .... dan sememangnya ada kebenarannya yang 'datukship for sale' dikalangan tertentu yang eksklusif.
Apa yang peliknya ..... dikalangan artis2 ..... artis hingusan (masih kebudak-budakan - childish in nature - tidak matang langsung personalitinya) pun dapat anugerah bergelaran 'datuk'.
Lebih pelik lagi ...... yang dah mati dah pun (dah lama dah .... dah bertahun2 .... berpuluh2 tahun dah meninggal dunia) .... baru kini teringat nak beri anugerah 'datuk' kpd Sudirman yg kini bergelar Datuk Sudirman.
Bertambah pelik lagi .... P. Ramlee (anugerah darjah 'Tan Sri' tu pun diberi selepas beberapa puluh tahun beliau pergi meninggalkan kita) ... pun sama juga .... masa beliau masih hidup .... semua tak nampak .... rabun .... buta .... buta kayu ... entah apa istilah yg patut diguna? Bila beliau dah mati .... hilang didunia .... barulah terhegeh2 nak kasi anugerah itu .... iaitu.... anugerah 'Tan Sri'. Dan yang paling terkini ... terlatest ... anugerah 'Doktor Falsafah Kehormat' ... dan kini bergelar Dr.P.Ramlee. Tak ke pelik tu? Orang yang dah mati pun masih dok beri anugerah itu ... anugerah ini lagi? Punya lah murah hati konon. Mengenang jasa si mati lah konon2nya?
Hai! Melayu! Melayu! .... sampai orang yg dah mati dah pun .... masih nak kasi anugerah lagi ka?
Melayu! Melayu! ..... dari zaman jahiliah lagi iaitu sebelum kedatangan pengaruh Islam ke alam Melayu ..... sampailah ke zaman millenium terkini pun masih dok sanjung dok puja (secara tak disedari) dok puja roh orang yg dah mati ... P.Ramlee dan Sudirman dah jadi arwah .... dah jadi roh ..... dan bangsa kita (beragama Islam lagi) begitu ghairah dgn cara memberi anugerah seolah2 mereka itu (roh2 mereka) masih bersama dan boleh dan mampu menerima pemberian dari kita yg masih hidup? Pelik! pelik! dan mengonfusekan kita yang berfahaman Islam.
Apa pula kata ulama2 (juga ularmak2 @ular dlm semak negara), mufti2, ustaz2 serta ustazah2 Melayu yang Islam lagi Hadhari?
Memang gejala yg berlaku ni amat PELIK TETAPI BENAR .... benar2 terjadi .... benar2 berlaku.
nota khas: 1) Mengenai Kassim Masdor .... seeloknya tidak harus diberi anugerah bergelar 'datuk'. Kalau ditawarkan kelak ... di harap beliau jangan terima .... Ini kerana beliau adalah warga S'pura .... tidak ada makna jika beliau bergelar 'datuk' di S'pura .... Datuk Kassim Masdor dinegara beliau yang tidak 'pandang' langsung akan darjah 'datuk' dalam negara mereka. Meraka tidak heran sikit pun... tidak ambil pot langsung dgn title berupa 'datuk' seperti itu. Bikin malu diri sendiri sahaja bolehlah..... jadi bahan ketawa sahaja oleh warga S'pura.
2) Mengenai Andre Goh ..... anak kelahiran Melaka yang dapat anugerah DSM tanpa gelaran 'datuk' .... sepatutnya dah cukup layak mendapat gelaran 'datuk' berbanding dgn Ali Mamak (sekarang Datuk Ali Mamak ...dipanggil beramah mesra lagi dgn pihak stesen tv dlm sesi bual bicara). Ini kerana jika diambil kira pengalaman dan prestasi beliau (Andre Goh) yang begitu lama dalam menaikkan seni lagu2 Melayu Asli sudah cukup memberangsang dan menyerlah sekali. Namun beliau dapat anugerah tapi tanpa gelaran 'datuk' sedangkan ..... Kerajaan Melaka zaman millenium (bila rakyat biasa jadi raja) telah ..... mengamalkan "kera dihutan disusui ....anak dlm buaian mati kelaparan".... lihat sajalah Shah Rukh Khan ... dgn tak semena2 jadi Datuk Shah Rukh Khan .... warga benua India mari pun dapat anugerah bergelar 'datuk'.... sedangkan Andre Goh anak kelahiran Melaka sendiri diberi anugerah (tanpa gelaran 'datuk').
PELIK! PELIK! TAPI BENAR!
Komen & respon:
Re: Tentang Penganugerahan yang tak releven (Score: 1) Oleh mdmae on Saturday, March 20 @ 21:49:24 PDT (User Info Send a Message) |
Oklah tu...Bayangkan Malaysia juara bolasepak Piala Dunia, habis semua dapat Datuk, Tan Sri dsbnya. Pastu bila balik Mesia, semasa perlawanan Piala Malaysia, jenuh juruhebah nak sebut, " bola disepak oleh Datok A kepada Datok B dan ditolak lereet kpd Datok C, ditolak ke belakang kepada penjaga Gol, Tan Sri A...............Jurulatih Tun A menjerit di tepi padang akan kelak anak2 buahnya.....fening, fening! Tapi ingat, MALAYSIA BOLEH! |
No comments:
Post a Comment