Wednesday, March 10, 2010

'TOP HOST' SATU LAGI CONTOH MEMPERBODOH STESEN TV ITU SENDIRI

Top Host

Pemilihan peserta untuk menjadi hos2 di TV3 .... apabila memenangi sesi pemilihan itu ... terus dapat gelaran 'Top Host'. Apa ke cerita ni? Baru berjaya dalam pertandingan yang seolah2 macam sesi 'audition' saja pun sudah dapat digelar 'Top Host'? Pengalaman dalam real punya situasi pun belum pasti boleh menarik perhatian penonton (viewers) ..... kini sudah dapat title 'Top Host'? Program yang akan dikendalikan kelak pun belum tentu boleh dapat sambutan juga belum pasti kedudukan 'rating' nya ..... kini sudah bergelar dgn title 'Top Host'?
Ape ke JADAH NYA?

Apa punya cara dan sistem pihak stesen TV3 ni amalkan ni? Ini sudah jadi macam 'mengelirukan' keadaan dan mengkucar-kacirkan suasana nampak gayanya. Haru biru dibuatnya! Huru hara la kalau macam tu.

Apa pula title bagi mereka (existing hosts) yang ada? yang dah punyai pengalaman dan maseh berkhidmat sejak sekian tahun ... sejak sekian lama ... dengan pelbagai macam siaran dan rancangan ('live' atau bukan 'live' (recording/rakaman) - dalam studio maupun luar studio) .... apa jadi dengan mereka2 itu? ... mereka telah dengan sendirinya atau secara otomatis terletak pada tahap bukan taraf 'top host' lah kalau nak dikategorikan .... sebab juara2 yang muncul terpilih dalam pemilihan itu kini sudah digelar 'Top Host'.

Apakah mereka2 (hos2 yg sedia ada) tu sudah dgn secara tak langsung bergelar 'Rot Host'? .... maksudnya hos yg dah tua .... hos yg dah reput ..... tunggu masa aje ler ...... maka dalam hati kecil juara 'Top Host' akan berkata ....."Times up......" or "your time has come" atau dgn lebih drastic lagi "your days are numbered"........

Kenapa puak2 host2 yang sedia ada (khususnya di TV3) tidak menyuara dan memprotes akan pemilihan dalam bentuk jodol yg mengelirukan ini (iaitu Top Host) iaitu dengan menjenamakan siri 'realiti show' ini dengan nama yang lain dari nama 'Top Host'. Ini kerana ianya cukup tidak 'relevan' sekali jika diambil kira akan nama siri juara pada mereka yang menjuarai pemilihan ini yang di beri title 'Top Host' amat tidak setimpal dgn pengalaman dimana mereka itu masih belum alami pengalaman yg sebenar2nya berbanding dgn host2 yang sedia ada yg sudah tentunya mempunyai pengalaman yang berbagai2.

Jikalau pertandingan ini terbuka hanya kepada Host2 TV yang sedia ada (yang sudah punya status dan pengalaman) .... lainlah ....... barulah kena pada namanya..... barulah kena pada jodol/titlenya..... barulah kena pada tempatnya .... baru kena pada situasinya .... keadaannya ........ barulah host yang sudah punyai pengalaman jika menjuarai pemilihan 'Top Host' ini memang bertepatan dan amat relevan sekali dengan gelaran yg setimpal yg diperolehinya itu.

Nampaknya jika perkara2 janggal dan bodoh lagi membodohkan ini maseh berlaku dan maseh berterusan di siaran2 TV ....... nampaknya begitu ketara sekali pihak stesen TV kita amatlah terlalu rendah tahap kebijaksanaan nya (cerdik tiada bodoh ada) ..... lebih2 lagi di pihak penerbit siaran, pengurusan, pentadbiran, dan segenap kakitangan yang bertanggungjawab dalam mengendalikan siaran2 bodoh seperti ini.

Bukan jodol2 seperti 'Top Host' saja .... malah banyak lagi jodol2 yang tak sesuai .... tak bertepatan... tak relevan... yang telah di ketengahkan sebagai sesuatu acara 'reality show' kat TV.

Namun itu amat memalukan dan seterusnya menjatuhkan 'standard' stesen tv itu sendiri.
Jangan mengaibkan stesen tv dgn penampilan2 siaran2 yg memperbodohkan stesen tv itu sendiri. Kelak nanti penonton2 nanti anggap stesen2 TV yg sentiasa dok jaja "stesen nombor satu negara" ....padahal tak sehebat mana pun ..... semua nak dok di posisi 'nombor satu' belaka .... entah ia entah tidak? Hampeh ade ler!

Yang nampak dan jelas lagi nyata .... masing2 tak mau kalah ... jadi .... masing2 pakat dok penaik stesen masing2 sajalah ...... semuanya main 'syok sendiri' aje nampaknya - 'the feel good factor'.

Last last .... jadi bahan cemuhan .... juga jadi bahan ketawa satu Malaysia saja ler.



sekian dari,
Joe Bazooka

No comments:

Post a Comment