Wednesday, March 10, 2010

PENCEMARAN BAHASA ....dari Media2 TV & wartawan2 perosak bahasa sendiri.

Media2 TV dari segenap stesen dan media2 cetak (akhbar & majalah) lah punca segala2 pencemaran dalam penggunaan bahasa Melayu (yang kononnya Bahasa memertabatkan bangsa ..... Bahasa Jiwa Bangsa ..... Bahasa Menunjukkan Bangsa .... Budi Bahasa Budaya Kita).
Apa yang ketara adalah penggunaan bahasa Melayu yg bercampur-aduk dgn bahasa Inggeris (bahasa penjajah) .... penjajah ada yg di cemuh .... ada pula yg di puja2. Lihat sendirilah. Mereka yg mencemuh .... yg mengutuk ... yg mengondemn (jangan mare kerana penggunaan bahasa begini kini dah jadi perkara biasa) ... sangatlah ramai .... tapi yang memuja ... memuji (secara tak disedari .... seperti meniru2 gaya & cara barat) .... juga yg jenis mempertahankan segala peninggalan penjajah (seperti bangunan2 lama hasil dari architecture penjajah .... hinggakan A Famosa (diMelaka) tu pun di jaga rapi .... kalau rosak di perbaiki agar tidak hilang dari muka bumi Melaka ....(punya la jaga mcm lah hasil binaan orang2 kita (Melayu) sendiri....... patutlah kita Melayu tidak punya apa2 ... yang ada semuanya ORANG LAIN PUNYA .... yang kita CLAIM HAK MUTLAK KITA PUNYA ..... bila kita ditegur ... MELATAH MELENTING TAK MENENTU ... MAU MENGAMOK MACAM ORANG GILA ......Tentang A Famosa (Kota Melaka) binaan penjajah Portugis dulu tu ...... padahal itulah kenangan pahit 'keruntuhan Kerajaan Melayu Melaka' yang kita bangga2kan sangat tu. Lambang sebegitu pun kita berbangga sebagai suatu kenangan konon .... seolah2 itu suatu kemegahan pulak bagi masyarakat Melayu kita.

Begitu juga dengan bahasa Melayu kita. Memang dan sememangnya pun 'bahasa menunjukkan bangsa'.

Namun apa yang berlaku sekarang memang tepat sekali ..... BAHASA KITA WAJAH KITA ..... sama macam slogan FILEM KITA WAJAH KITA ....... semuanya menggambarkan pencemaran & kepincangan pengguna2 sendiri .... tak lain tak bukan kita semua .... dan semuanya ajaran dari pihak media2 yg menular masuk sampai kedalam rumah2 pengguna .... iaitu peti TV ..... patutlah omputih cakap atau refer peti TV tu sebagai 'idiot box'. Tenaga pengajar nya (dari pihak kalangan TV sendiri) adalah jenis 'idiot' belako.

Jadi ..... apa guna kita melaung2kan Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita bagi Memertabatkan Bahasa Mendaulatkan Bahasa ...... slogan2 yang senantiasa di laung2kan oleh pejuang2 bahasa.... terutamanya GAPENA ...... Dewan Bahasa & Pustaka entahlah? Kalau Dewan Bahasa memainkan peranan yang efektif .... sudah tentu perkara2 songsang (penggunaan bahasa), pencemaran, penyalahgunaan, ceduk menceduk, pinjam meminjam, sauk menyauk, curi mencuri, ciplak menciplak tidak akan berlaku. Begitu juga dalam apa bidang sekalipun, jika ada pemantauan dan pengendalian yang bersistem, maka segala gejala pencemaran & kepincangan dalam apa bidang sekalipun tidak mungkin berlaku begitu berleluasa sekali.

No comments:

Post a Comment